Anda tahu apa itu nama domain atau domain name? Dalam tutorial web kali ni, Pisyek akan cuba kongsikan sedikit berkenaan dengan hal-hal atau terma-terma yang berkaitan dengan domain ni. Idea untuk menulis tentang nama domain datangnya beberapa hari yang lalu sebab bosan dengan member-member aku yang slalu tanya pasal bende yang sama, hari tu dah cakap, tapi pastu tanya lagi... Haih... Tapi takpe. Lain kali tanya lah lagi. Hehehe... Kurang-kurang ada lah juga idea untuk aku update blog. Hahaha...
Apa itu domain?
Domain ialah tanda pengenalan kepada sesuatu sumber atau laman web di internet yang diselenggara oleh Domain Name System (DNS). Fakta yang terpenting yang perlu anda tahu ialah nama domain perlu unik. Maknanya anda tidak boleh memiliki nama domain yang telah dimiliki oleh orang lain. Contoh yang paling mudah ialah pisyek.com. Jadi korang takkan dapat membeli nama domain ni sebab Pisyek dah pun beli dulu. Hehehe...
Jenis-jenis sambungan (extension) domain:
Domain mempunyai beberapa jenis extension. Antaranya .com, .net, .org, .gov, .int, .mil, .name, .biz, .info, .aero, .coop, dan .museum.

Struktur domain:
Nama domain pun ada struktur? Ya. Sudah semestinya. Sebagai contoh:
www.pisyek.com
www merupakan nama atau rujukan kepada server (mesin fizikal). Dan pisyek merupakan sub domain kepada com. Seterusnya com merupakan top level domain name. Top level domains (TLDs) pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu non-geographic dan geographic.
Contoh non-geographic: .com .edu .org .net
Contoh geographic: .my(Malaysia) .fr(Perancis) .cn(China) .jp(Jepun)
Perbezaan antara sub domain, parked domain, dan add-on domain.
Sub domain
- Bagi memudahkan korang faham, sebagai contoh: Anda mempunyai nama domain seperti pisyek.com.
- Pisyek kemudiannya memasang skrip forum dan meletakkannya dalam folder forum di pisyek.com/forum.
- Anda boleh menukar folder forum dan menjadikannya sebagai sub domain melalui Control Panel anda.
- Jadi sekarang anda boleh mengakses forum tersebut melalui forum.pisyek.com atau pisyek.com/forum
- Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan sub domain.
Parked domain
- Anda mempunyai 2 domain, web1.com dan web2.com.
- web1.com merupakan domain anda dan anda mahukan web2.com ditambah kepada web anda itu.
- Apabila web2.com atau web1.com cuba untuk diakses, ia akan menuju ke satu tempat atau web yang sama.
- Domain parking merujuk kepada domain yang didaftarkan tanpa digunakan. Bertujuan sebagai 'reserve' untuk kegunaan di masa depan dan mencegah cybersquatting.
Add-on domain
- Anda mempunyai 2 domain, web1.com dan web2.com.
- Anda mahukan kedua-dua domain ini menjadi 2 web yang berlainan dalam satu hosting yang sama.
Rasanya setakat ni je kot perkongsian pisyek untuk kali ini. Fakta-fakta yang pisyek tulis dekat sini telah pun ditulis dengan seteliti dan setepat mungkin. Tapi kalau ada yang salah, harap maaf lah eh... Tolong tunjukkan kalau salah. Hohoho...

bgs la. at least ada org dpt ilmu ni,
btw, mengelirukan sedikit form ni. Shouldn't it suppose to fill da name first instead of email?
hehe...
da betulkan dan trimas bebanyak bro...


Adik beradik ke??
p/s :- Jgn marah lawak tengahari Sabtu
tapi tak kesampaian lagi..hehe
aku pun still blur2 ayam pasal domain/subdomain ni. hehe
baru faham tentang parked domain dan add-on domain. 
www merupakan nama atau rujukan kepada server (mesin fizikal).
www juga merupakan satu subdomain yang berada dihiraki paras ketiga (n) dan seterusnya. Adalah menjadi kebiasaan www merujuk kepada Web Server seperti mana ftp.example.com di rujuk sebagai FTP server.








