Beberapa hari yang lalu, Anarm ada tunjukkan cara bagaimana membuang generator wordpress dengan menggunakan plugin. Sekarang, Pisyek akan tunjukkan bagaimana membuang atau edit generator bagi Wordpress dan Joomla! 1.5. Tapi jangan bimbang, tutorial ni mudah aje. =)

Kenapa nak buang / edit generator ni?
Hohoho... Sebenarnya, generator wordpress dan joomla ni memang patut anda buang dari terpapar dalam web / blog anda kerana penggodam a.k.a. hacker yang tak bertauliah boleh meng-hack blog atau web anda dengan mengetahui versi wordpress atau joomla yang anda gunakan. Jadi kiranya ni adalah salah satu langkah pencegahan la untuk blog-blog anda semua dari digodam.
Macam mana penggodam boleh tahu anda menggunakan versi ke berapa bagi Wordpress atau Joomla! kita ni? Senang je tu. Cuba korang RIGHT CLICK kemudian klik VIEW PAGE SOURCE. Tak pun untuk pengguna Mozilla Firefox, korang boleh tekan CTRL + U. Dalam segmen head, korang akan jumpa:
Untuk Wordpress:
<meta name="generator" content="WordPress 2.8" />
Untuk Joomla!:
<meta name="generator" content="Joomla! 1.5 - Open Source Content Management" />
Bagaimana nak buang / edit generator Joomla! 1.5:
1. Cari fail index.php bagi template Joomla! yang anda sedang gunakan itu. Kemudian buka dengan menggunakan apa-apa text editor. (Paling senang buka je dengan notepad)
2. Masukkan baris kod di bawah dalam segmen head.
<head>
.
.
<?php $this->setGenerator('Ayat-ayat chenta ku'); ?>
.
.
</head>
3. Ikut suka hati korang la nak tukar "Ayat-ayat chenta ku" tu kepada apa. Kalau tak nak letak apa-apa, buang ayat tu. Biarkan kosong dalam quote tersebut.
4. Save file index.php
5. Tada!! Dah siap!!!
Bagaimana nak buang / edit generator Wordpress:
1. Masuk ke bahagian back-end wordpress anda.
2. Klik Appearance. Kemudian pergi ke bahagian editor.

3. Klik pada Theme Function (functions.php) dan masukkan kod seperti di bawah pada bahagian bawah sekali sebelum simbol ?>
remove_action('wp_head', 'wp_generator');
4. Kalau korang tak jumpa fail tersebut, korang boleh buat satu. Tapi korang kene masukkan kod seperti di bawah:
<?php remove_action('wp_head', 'wp_generator'); ?>5. Save. Tada!!! Da siap!!!
Senang bukan? Kalau ada apa-apa persoalan jangan segan-segan nak tanya Pisyek. Nak request tutorial pun boleh. Tapi kalau Pisyek rajin Pisyek buat la. Heheheh... Tutorial ni ditulis sebab Anarm yang minta. Trimas buat beliau kerna tanpa beliau, aku pun tatau nak update ape. Hahaha....
Jutaan kemaafan Pisyek pohon kepada pelawat-pelawat pisyek yang ternanti-nantikan tulisan Pisyek kerana lambat meng-update blog ni. Bukan tak nak update, tapi sibuk sikit minggu ni pasal sem baru je buka, jadi minggu ni sibuk dengan pendaftaran subjek la... Hohoho... Tapi biasanya Pisyek update blog dalam 3-4 kali je seminggu. Tu pun dah kira rajin gile update blog. Hehehe...

thanks for da info.
bagus la pisyek bg info.
pisyek masuk u mane nie?
kos ape?
peringatan bg blogger yg jenis suke tukar2 theme.. bila korang tukar theme baru, korang kene edit balik function.php dlm theme utk insert code tu.. sebab tu aku lebih suke pkai plugin.. tukar theme banyak kali pon takyah susah2 nak edit dah fail function.php.. kalo 4 5 kali tukar theme, 4 5 kali gak korang kene insert code.. lagipon plugin tu tak besar mane pon saiz die..
bagi yang nak belajar coding, cara manual macam ni lagi bagus.. perbanyakkan cara manual baru la bleh belajar mcm2 tentang coding..
tapikan, kalo tukar2 theme slalu, SEO x mantap... menyusahkan googlebot... tu dari apa yang aku bace dan dari pengalaman aku la... hehe...

Site yg pkai version lama ni slalunya owner dia akan check apa yg diupdate & then try patch sndiri mggunakan code yg lain supaya sistem sdia ada x tunggang langgang.. Org pro buleh la wat mcm tu.. >.
Wordpress tu saya main update dan plugin je, tak sempat nak godek-godek pun.
Kagum gak tengok orang lain dok godek2 blog
hehe...

1. section
2. category
3. module
4. component
trimakasih
section: baju
category: adidas
pastu bawah category tulis la entri pape pasal adidas nih...
module ni cam block la, module artikel terbaru, modul popular, modul iklan etc...
component ni x nmpk sgt, tapi yg jelas di sini adalah component komen... kira cms joomla ni ko nk tambah feature ape, ko install la komponen yg berkenaan... cam backup site ke... seo ke..
harap menjawab soalan anda...


kalau tak faham mintak cikgu pisyek tolong ajar ye.. hehhe..







