Hoho... Da lame bebenor aku tak meng-update blog kesayangan ku ini... Gara-gara sibuk menghadapi peperiksaan dan macam-macam hal lagi. Tapi, skang ni pon, paper aku x abis lagi... Huhu... Lambatnye nak abis... Lambat abis, lambat la aku balik... Hurm, hari ni aku nak ajak anda semua berfikir sejenak. Fikir dengan seserius mungkin. Mungkin juga fikir dua kali.
Ape beza hari ini berbanding semalam? Memang dah sah la banyak perbezaannya bukan? Hari ini hari Isnin, semalam hari Ahad. Semalam anda muda sehari, hari ini anda tua sehari. Semalam Melodi keluar kat TV3, hari ni Melodi tak keluar la pasal hari ni hari Isnin... Bukan hari Ahad... Hahaha... Dan semalam bla bla bla...
Ape yang aku cuba bangkit kan kat sini sebenarnya? Ha, ini yang kite tak tau... Kui3... Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini hendaknya. Malang sekali jika hari ini sama seperti semalam dan lebih malang lagi jika hari ini lebih teruk dari semalam. Kita perlu berubah... Berubah ke arah yang lebih baik... Bukan ke kiri, ke kanan, atau ke mana-mana. Hehehe...
Aku agak kecewa sebenarnya... Sebabnya?
Sebabnya.... Isk3... Kamu la!!! Ya, kamu!!! Pelawat-pelawat blog aku la... Aku bukan ape... Nak tulis komen pon, agak-agak la sikit. Tak payah la sampai macam nak cari gaduh kew, macam awek anda aku yang kebas kew, macam... Macam lagi la... Huhu... Hormati lah sensiviti orang lain juga... Bukan anda sorang je manusia kat atas bumi ALLAH ni... Ada ramai lagi orang kat atas muka bumi nih... Ada ibu anda, ada bapa anda, ada adik anda dan macam-macam lagi la(sila sambung sendiri kalau mau panjang lagi...).
Dan lebih malang lagi aku rasakan apabila yang memberi komen tu adalah dari golongan elit, tapi bahasa beliau merupakan tahap longkang. Haprak. Sikit pun tak leh gune dalam karangan kat sekolah. Bahasa yang aku maksudkan di sini adalah kiasan-kiasan yang digunakan oleh beliau. Bukan dari segi tatabahasa, ejaan, mahu pun sebutan. Harap jelas ye...
Aku tak kisah anda semua nak kutuk ke.. Sindir ke... Aku boleh terima. Tapi jangan la sampai melampaui batas... Atau anda merupakan seorang MUNAFIK? Dan bukan aku tak boleh untuk meng-ban seseorang itu daripada melayari blog kesayangan-ku ini, tapi aku tak mau. Sebabnya? Mudah sahaja. Tiada pengecualian kepada sesiapa untuk melayari blog ku ini. Konsep yang cuba aku terapkan disini adalah adil, tegas, amanah (ceh, macam motto polis plak... Kui3...). Harap anda, anda, anda dan anda anda sekalian faham dan jelas sekali mengenai hal ini. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa IP yang telah dikenalpasti sebagai perosak web aka HACKER yang tidak bertauliah telah di-ban oleh ku sendiri... Hehehe... Tapi kalau pecah gak blog aku nih, tak bley nak salahkan mereka, aku, atau anda... Masih ada banyak lagi sebab-sebabnya.
Dan bukan aku tak boleh nak block beberapa perkatan yang kurang enak didengar, tetapi aku mahu melihat sejauh mane ke-pandai-an anda semua dalam memilih perkataan untuk disusun lalu dijadikan sebaris ayat (Ntah pape la mamat nih...).
Segeralah berubah. Bukan untuk aku. Bukan untuk pensyarah-pensyarah, awek-awek, balak-balak, atau kawan-kawan anda, tetapi berubah lah ke arah kebaikan demi kepentingan diri anda sendiri di masa hadapan. Allah takkan mengubah sesuatu nasib seseorang itu sehingga beliau berusaha sendiri...
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada diri-Ku sendiri. Namun, hakikatnya yang baik dan yang buruk itu datang daripada Allah jua.









