Utama Blog Terbaru Pisyek benci plagiat. Anda suka plagiat?

Pisyek benci plagiat. Anda suka plagiat?

DataKL Hosting

Salam sejahtera semua. Kali ini, apa yang cuba Pisyek bawakan kepada kalian adalah tentang isu plagiat atau dalam bahasa inggeris; plagiarism. Anda tahu apa itu plagiat?

Quote from wiki

Plagiarism, as defined in the 1995 Random House Compact Unabridged Dictionary, is the "use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work."

Ringkasnya, maksud plagiat adalah menciplak hasil kerja seseorang dan mengakui hasil kerja itu sebagai hasil kerja sendiri. Contohnya seorang pelajar universiti yang comel seperti Pisyek meniru artikel atau jurnal-jurnal dari internet untuk menyiapkan tugasan-tugasan beliau.

Dan perbuatan plagiat ini tidak terhad dalam bidang akademik sahaja. Dalam bidang kewartawanan pun ada juga. Ha, jangan ingat tak ada. Suatu masa dulu kalau tak silap Pisyek, timbul isu ada wartawan hiburan plagiat artikel di laman Oh! Artis dan memuatkan artikel / quote dari laman Oh! Artis ke dalam akhbar beliau. Kalian bukan tak tahu, Oh! Artis sememangnya panas a.k.a. hot!!! Hehehe...

Tapi Pisyek tak kisah sangat pasal tu, yang Pisyek kisahnya adalah bila orang plagiat artikel di www.pisyek.com ni. Ini memang panas!!! Memang tak boleh tahan!!! Rasa macam nak maki-maki orang pun ada. Hahahaha....

Copycat Si Plagiat

Nak ke blog beliau sila google sendiri Tongue out

Kalau nak copy a.k.a. plagiat pun, agak-agak la. Ni amik sebijik-sejiban macam aku punya artikel apa hal!!!??? (Usha artikel asal di sini) Dengan aku punya gaya penulisan dia angkut sekali. Tapi engkau claim yang segala macam artikel dalam blog engkau tu adalah daripada engkau sendiri. Mana Pisyek tak hangin. Adoyai~ OK. Fine. Mungkin anda akan berkata, "Eh, aku ambil pun untuk tujuan baik la. Nak berkongsi dengan orang ramai." Kalau ye pun, tolong letak kredit, OK!!! Lagi bagus kalau bagi reference ikut Gaya APA.

Kalian tahu tak apa itu Gaya APA? American Psychological Association Style atau APA Style atau Gaya APA ialah satu set peraturan yang dibentuk untuk setiap aspek dari segi penulisan, untuk mengelakkan kegiatan plagiat dan memberikan rujukan yang tepat terhadap sesuatu penulisan itu (Wah, dah macam lecturer la pulak).

Kalau ada antara kalian yang tak tahu lagi pasal APA Style ni, sila jangan meng-segan-kan diri untuk mengambil subjek Academic Writing atau Technical Writing di institusi pengajian atau di sekolah-sekolah anda ye.

Copycat Si Plagiat

Ni blog budak sekolah mana, siyes Pisyek tak tahu. Tongue out

Dan lagi satu sebab terhasilnya entri ni adalah kerana mereka yang mem-plagiat artikel di www.pisyek.com ni bukan sahaja plagiat artikel, tapi hotlinking gambar sekali. Memang daku berasa amat kechiwa. Eh, awak. Awak tahu tak yang awak sedang mencuri bandwidth Pisyek dikala awak meng-hotlinking gambar-gambar Pisyek di sini?

Bagaimana Pisyek tahu akan kegiatan mereka-mereka ini? Oh, Pisyek ni sebenarnya seorang yang amatlah rajin ber-blogwalking, membaca artikel-artikel di internet, tak kira la dalam blog picisan atau tak, blog serius atau lawak cam cipan, Pisyek tetap layan, baca, dan usha selagi artikel tu sesuatu yang baru pada Pisyek. Nak dijadikan cerita, pada minggu-minggu yang lalu, Pisyek membuat lawatan ke blog pelawat-pelawat yang telah bertandang ke blog Pisyek ni. Tiba-tiba terjumpa la sesuatu yang menduka-citakan seperti ini.

OK. Mungkin ada juga yang cakap, "Ala Pisyek, engkau pun copy paste orang jugak."

Oh, serius cakap, kalau Pisyek copy paste, Pisyek akan mencuba sedaya-upaya letakkan nama sumber tempat Pisyek ambil artikel tu. Kalau dah tak jumpa atau tak ingat, nak buat macam-mana. OK!

Apa yang kalian rasa jikalau kalian dilakukan sebegitu rupa? Hohoho... Pisyek rasa banyak pendapat dan pandangan yang akan kalian utarakan.

Oh, ada banyak lagi yang nak ditulis sebenarnya. Tapi macam panjang sungguh pula rasanya entri ini, jadi entri ini akan bersambung ke episod yang akan datang... Hehehe...

Pisyek: Harap maaf kepada sesiapa yang terkechik hati dalam hal ini. Pisyek dengan sedaya-upaya telah menjaga penulisan Pisyek dari segi tatasusila dan tatabahasa agar tiada hati yang kechiwa seperti Pisyek ini.


Hits: 1330

Artikel berkaitan:

Komen (33)Add Comment
Sakira dari http://sakiralicious.blogspot.com menulis:
I setakat ini tak pernah plagiat betul-betul. Haha !
Most of the time I re-link balik to certain some stuffs yang I amik dari blog orang. And ada one-two yang I mintak permission dulu.

Ohh, btw. You nak taw something tak.
Entry saya ada sorang copy. Entry tu takde la pape sgt pon.
Sbb sharing a news yang I found dari HMetro.

At the end of my post, I ada taruk my pandangan abt that news. Just a paragraph. Nothing much. And also I ada utarakan a question "Apa pendapat korang tentang issue ini ?"

Ada orang copy. Kalau setakat that news he wants to share, ok larh kan ? Cause it's umum. Sekali with my pandangan & MY question dia post. Kelakar bukan ?
1

March 12, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@Sakira: haha... kite berada dalam kasut yang sama... smilies/grin.gif
2

March 12, 2010
pisyek ko pegi mengamuk tak kat depa yg plagiat ko tuh? so far aku blm kena lagi. lagipun entry aku merapu je, sape amek mmg sengal la aku boleh cakap haha
3

March 12, 2010
zik dari http://zikrihusaini.com menulis:
Sabor2 pisyek... erm biasa la tuh... isu plagiat memang dah berleluasa sekarang nie... smilies/cool.gifsmilies/cool.gif dengan buat enty macam nie , serba sedikit bagi kesedaran kepada mereka yang selalu buat, jagan buat lagi ... edit2 sikit... kalau tak pandai.. ikut APA style yang telah incik pisyek link tuh... credit... kepada owner..
4

March 12, 2010
F I T dari http://fitrihadi.blogspot.com menulis:
pernah jumpa orang yang ambik graphic art aku dan guna dalam blog dia suka-suka hati je..adoii kalau entry tu tak pernah lagi kot kena copu..tak jumpa lagi..takpe broo..aku faham perasaan kau..sabau je la ek smilies/smiley.gif

Analisis Gambar Rempit Edisi Kelakar Tak Hengat. Hahahaha!
5

March 12, 2010
fia dari http://iamfia.blogspot.com menulis:
hmm..kekdg fia ade copy entri kawan tp make sure bg kredit kt dorg ngn letak link dorang...sbb rasa mcm sakit hati bila kita perah otak teruk2 pk entri menarik tp org cilok cmtu jer kan?at least taruk la nama orang tuh sket...kan?
6

March 12, 2010
zulaikha dari http://zulaikhamohdnor.blogspot.com menulis:
sabar je pisyek.. xpun kalao dah xleh sabar, sound dier.. ngeh3.. smilies/smiley.gif
7

March 12, 2010
kertaz dari http://kertaz.net menulis:
Aku pun pernah kena plagiat.. Memang complete copy paste x der ejas satu ayat hatta satu perkataan pun.. Aku gelak jer la pasal apa yg aku carutkan dlm artikel aku pun ada dkt blog org tu.. Ahahahha..
8

March 12, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@fatin: haha.. aku mmg da sound, tapi senyap je... smilies/angry.gif

@zulaikha: tgh sabo nih... hehe...

@kertaz: mmg klakar bile aku tgk2 balik apa yang aku tulis, ada orang tiru dan masukkan dalam blog sendiri... hehehe... smilies/grin.gif
9

March 12, 2010
yanmie dari http://www.yanmieonline.com menulis:
salam pisyek, hehhee..kita pun ada org duk hotlinkin gmbr tapi x sampai hati nk buat entrysmilies/grin.gif
10

March 12, 2010
Pejuang Kesenian Extreme dari http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/ menulis:
sabo je la...Aku pun penah kena juga..marah bukan kepalang...Tapi aku pula dinasihatkan oleh blogger lagi senior untuk bercakap dengan cara baik..Mungkin dia masih newbies walaupun sejak 2008 blog itu ditubuhkan(Kiranya aku lagi newbies,2009)..Lek la..
11

March 12, 2010
pelik2 la manusia skng.igtkn cd je boleh cetak rompak. entry kat blg pun boleh. kikiki
12

March 12, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@yanmie: buat je... haha... smilies/cheesy.gif

@connie: sekarang ni semua boleh, impossible is nothing...

hahaha.... smilies/grin.gif
13

March 12, 2010
etomyam dari http://myjazmanie.com menulis:
memang susah nak control plagiat nih...aku pun selalu perasan artikel aku di publish balik dlm forum2 untuk dibincangkan oleh ahli forum.....nak gelak pun ada....eloknya maklumkan kpd si pen 'copy' tu... smilies/grin.gif
14

March 12, 2010
beliamuda dari http://beliamuda.com menulis:
aku selalu hotlinking gambar dari devianart. smilies/tongue.gif

kalau tulisan tu tak tulis sendiri, apa salahnya kan tambah sikit kredit kepada penulis asal.
15

March 12, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@beliamuda: devianart xpe, bandwidth unlimited... hahaha... smilies/grin.gif

aku punya hosting ni 25 GB je... huhu...
16

March 12, 2010
samanosuke_04 dari http://pascaspm.com/ menulis:
alahai, semakin menjadi2 plagiat skang, sampai pisyek comel pun kena plagiat gak.. hohoho
17

March 12, 2010
sama la macam fatin, entry aku sengal2 ubi je.. takde sape nak copy.. haha
18

March 12, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@khai: entri sengal2 ubi aku pun ade gak yang nak kopi, x faham aku... smilies/tongue.gif
19

March 12, 2010
touya dari http://www.touyakaruma.com menulis:
Haah paling benci entry jenis plagiat . Tak suker-tak suker
20

March 12, 2010
jaws dari http://jerungperkasa.com menulis:
peargh...
makin ramai orang yang kerjanya plagiat blog..
masuk ko ni, dah 4 orang mengadu blognya di plagiat..
musim ker?
haha..
21

March 13, 2010
hmm mengikut pandangan aku cewahhh muehhehe

bleh je plagiat or copy paste but pandai2 ar alter entri tuh..

n kasik kredit sebab that artikel dorg dah amik dari sumber asal

at least mention lah web/author/page mane yg dah di copy tuh

aku pon plagiat tapi secara sopan dan santun lagi bertatasusila

muehehhehesmilies/grin.gif
22

March 14, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@jaws: ade musim ke? haha... aku baru perasan je... mende ni munkin da lame berlaku... hoho.... smilies/tongue.gif
23

March 16, 2010
imran dari http://www.imranshamsir.com menulis:
Plagiat membantu anda popular seperti aduka taruna smilies/grin.gif
24

March 16, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@imran: aduka taruna hot sebab tulisan yg hebat, bukan plagiat... hahaha.. smilies/tongue.gif
25

March 16, 2010
wazy dari http://www.wazy84.com menulis:
Kalau nak plagiat ni boleh,tapi lebih elok mintak izin dari penulis asal dah kreditkan sekali
26

March 16, 2010
Bb Hussain dari http://bbmemorylane.blogspot.com menulis:
sabar la pisyek..
tapi sepatutnya memang bagi kredit la kat tuan punya artikel tu..
27

April 02, 2010
acapz dari http://www.cybernetic88.com/ menulis:
terbaik bro punya tips!. ske aku. haha. ta
28

April 02, 2010
nama saya aga menulis:
pisyek, trus terang sy ada plagiat bbrapa post ko d sni.. tp trus terang jgk sy ada letak link utk ke laman ni jgk.. hehehe.. ada ka sy dikira brsalah?
29

April 03, 2010
zulaikha dari http://zulaikhamohdnor.blogspot.com menulis:
Bila bc kli ke 2, tetiba rs nk tny 2 soklan.. smilies/smiley.gif


Hot-linking uses the bandwidth of the person who owns the website where the picture is stored. This costs that person money. - wikipedia.


1. nk mintak sdikit penerangan ttg ayt kat atas.. lbih2 ayt 'this costs dat person money".



2. Bila sbut 'bandwidth' teringat lak komen bro Anarm di blog Zu

.....abis la bandwidth ko pasni Pisyek.... - http://zulaikhamohdnor.blogspo...utbox.html


tetibe terpikir.. adkh sy bersalah? erkkk.. smilies/shocked.gif
p/s: tp zu save dlu.. bkn hot-linking..huhu..
p/s/s: hr tu dh cr pasal bandwidth. Tp still blur. =(

ade sesiape blh jelaskn? Jutaan terima kasih diucapkan.. =)
30

April 03, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@zulaikha:

1. of kos libatkan duit bile kite bercakap tentang self-hosted blog cm pisyek ni... bile si A hot-link image si B, si A ni dikira mencuri bandwidth si B la dan bandwidth si B tu bukan nye free. Si B ni bayar untuk bandwidth dia.

2. Bandwidth pisyek akan abis la kalo zulaikha hot-link gambar2 tu. Tapi kalo upload dlm blog sendiri dlu baru publish, tak dikira hot-link. smilies/wink.gif
31

April 04, 2010
zulaikha dari http://zulaikhamohdnor.blogspot.com menulis:
@pisyek..

thanks a lot..

yea! sy x bersalah.. smilies/cheesy.gif
32

April 04, 2010
Bean Moreno dari http://suterablogger.com menulis:
hak3...memang susah jadi blogger then kene plagiat...tapi kita kene amik positif je maknanya kita hebat sebab tu diplagiat...
33

April 06, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 12 Mac 2010 12:57 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 15
@dedoku: insya-Allah... tapi pisyek ...
Hidup seorang blogger - Top 15
tahniah Pisyek sebab menang gak hadiah r...
Hidup seorang blogger - Top 15
Susah x bro join contest ni..tengok namp...
Hidup seorang blogger - Top 15
menang dah eh? hahhaha
Hidup seorang blogger - Top 15
@NK: munkin da tiba masa anda kembalikan...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang