Utama Blog Terbaru Pentingkah status MSC Malaysia ni?

Pentingkah status MSC Malaysia ni?

DataKL Hosting
Miss XY: Pisyek, ko nak intern kat mane nanti?
Pisyek: Aku bajet nak intern dekat Exxon Mobil.
Miss XY: Apesal kat Exxon Mobil?
Pisyek: Sebab dia ade MSC status la...
Miss XY: Penting ke ade status MSC?

Perbualan di atas adalah antara topik-topik yang panas seperti pisang goreng antara budak-budak ICT dan BIS batch aku sejak dari sem lepas lagi. Sebabnya? Sebab kitorang dah nak menjalani latihan praktikal atau pun nak ke internship programme pada sem depan.

Korang tahu tak apa itu MSC? Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia merupakan satu zon yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia seluas kira-kira 750 km persegi. Terletak antara Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Putrajaya dan Cyberjaya termasuk dalam zon MSC.

MSC Malaysia diuruskan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) sebagai zon perdagangan dan industri teknologi.

Logo MSC Malaysia

Perbezaan antara syarikat berstatus dan tidak berstatus MSC Malaysia:

Syarikat yang ada status MSC Malaysia ni memang ada banyak kelebihan. Antaranya mendapat infrastruktur fizikal bertaraf dunia, mendapat insentif kewangan, akses internet tanpa sekatan, kemudahan R&D yang terbaik dan lain-lain lagi. Dan kesannya ke atas para pekerja syarikat tu, yang paling jelas sekali adalah gaji. Hehehe..

Kenapa gaji? Ya, duit merupakan antara elemen terpenting kenapa orang pegi kerja. Secara asasnya, budak-budak yang pegi intern di syarikat berstatus MSC Malaysia ni mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan! (Menurut membe aku yang baru balik dari intern) Kalau syarikat tak berstatus MSC Malaysia pula aku tak tahu la... Dan menurut khabar-khabar taufan yang aku terima, Exxon Mobil ni pula menawarkan RM 1000++ kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di situ. Jadi, faham-faham ajelah... Hehehe...

Selain daripada Exxon Mobil, antara syarikat yang berstatus MSC Malaysia ialah ThreeSixty Technologies Sdn Bhd, Basis Bay Sdn Bhd, Les' Copaque Production Sdn Bhd, Extol MSC Berhad, dan lain-lain. Ada banyak lagi sebenarnya dan anda bolehlah usha syarikat-syarikat tersebut di MSC Malaysia Company Directory.

Sedikit fakta yang mungkin anda tak tahu lagi:

  1. Sebanyak 2006 syarikat berstatus MSC Malaysia yang telah wujud sekarang.
  2. Lebih dari 89% staf syarikat berstatus MSC Malaysia dikategorikan sebagai pekerja berpengetahuan (knowledge workers).
  3. Lebih dari 57% staf syarikat berstatus MSC Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama (first degree).
  4. 52 syarikat berstatus MSC Malaysia tersenarai dalam MESDAQ.

Sebenarnya, pergi menjalani latihan praktikal / intern di tempat atau syarikat seperti Exxon Mobil bukan la satu pilihan yang agak tepat. Exxon Mobil merupakan syarikat minyak dan gas, ape jadahnye aku pergi intern kat situ??? Kalau boleh, aku nak intern di syarikat-syarikat yang 100% menjalankan kerja-kerja ICT. Baru lah best. Hehehe...

Jadi kawan-kawan, apa kata anda?

Ada sape-sape kat sini tokey syarikat atau kenal dengan mana-mana syarikat yang nak amik budak praktikal, boleh contact Pisyek. Klik sini untuk usha portfolio Pisyek. =)


Hits: 1138

Artikel berkaitan:

Komen (20)Add Comment
izzat aziz dari http://izzataziz.net/ menulis:
kool exxon mobil.. aku ni tak tahu nk mntk mana.. haha
1

February 07, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@izzat: aku bajet cmnih, kite minta kat satu kompani ramai2, tapi duk bawah dept. lain2 la... hehe...
2

February 07, 2010
enche tomyam dari http://myjazmanie.com menulis:
entah le, ada kesan ke status MSC tu?
3

February 07, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@tomyam: ade beza..

dari segi gaji, lepas tu ada standard yang perlu dipatuhi untuk membolehkan kompeni-kompeni dapat status MSC Malaysia...

tapi yang aku pasti, bukan senang la.. hehe... smilies/wink.gif
4

February 07, 2010
Jom kawan2..klik link saye...
TQ2....
smilies/grin.gif
5

February 07, 2010
zaradgreat dari http://zara-dgreat.blogspot.com/ menulis:
try je semua.
hehehe
apply banyak2 tak bleh ke?
6

February 07, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@zara: boleh je... smilies/grin.gif
7

February 07, 2010
azizan4444 dari http://azizankadir.com/ menulis:
try apply je mne2...x tgk sgt bnda ni,.hehehee
8

February 07, 2010
exxon mobil tawar 1000+ utk intern?bia btull..banyak tuhh..hehe
btw try la mntk syarikat besar mcm intel, WD ke? smilies/wink.gif
9

February 07, 2010
Faarihin dari http://faarihin.blogspot.com menulis:
hahaha.. lawaklah pisyek ni.. apa jadahnya praktikal kat tempat takde kaitan.. tap kalau ada kaitan,.. apa salahnya mintah.. mana tau.. minyak tu nak kena guna ict ke.. hehehe..
10

February 07, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@Mr.Z: tu mmg kenyataan, hehe... psl syarikat2 lain aku x pk lagi.. hoho...

@Faarihin: besenye dak2 ICT yg keje dlm syarikat2 cmtu buat keje2 management la... buat proposal ke, urus database ke, kadang2 buat air kopi pun boleh, hehe.... smilies/grin.gif
11

February 08, 2010
hadio dari http://hadioblog.com menulis:
schlumberger kemaman dh la. hahaha.
12

February 08, 2010
jeppa menulis:
agak2 brapa les capaque bg tuk intern? ak cdg nk sana.
13

February 08, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@hadio: ade schlumberger kat kemaman eh..? Hahaha... smilies/cheesy.gif

@jeppa: tatau la... try la g sane dulu... hohoho... smilies/wink.gif
14

February 09, 2010
mr.eims @ perfume dari http://eimsnetwork.com/perfumediscount menulis:
exxon mobile bg 1000+ utk intern, g ler situ. huhu.. smilies/tongue.gif bkn senang nk dapat banyak tu kt tmpt len. btw, exxon mobil tu adalah nama kampeni yg gah. senang juga nak cari kje lain bila dalam resume ada pengalaman kerja kat kampeni besar.
15

February 10, 2010
beliamuda dari http://beliamuda.com menulis:
payah jugak kan nak mintak tempat intern ni. aish, yg penting, wat resume lu...
16

February 12, 2010
Fadzli dari http://myfadzli.com/blog menulis:
aku pun LI gk sem depan.. masih nak cari gk tempat nih.. huhu
17

February 13, 2010
oohh.. bestnye dak2 ict! korg kalau g intern mostly ada elaun.. aku akan intern kt jabatan kimia gov nye hhaaa.. faham la elaun kompom xde punye! wakaka
18

February 15, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@fiffy: isk3.. tumpang sedey untuk anda... smilies/grin.gif
19

February 15, 2010
mr.eims @ perfume dari http://eimsnetwork.com/perfumediscount menulis:
aku dulu intern kat FORMIS. hurm... ok juga. tp elaun tak setinggi exxonmobil. smilies/sad.gif
20

February 17, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 07 Februari 2010 11:14 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 3
huhu Thanks bro atas rankung kat atas t...
TV Series - IRIS
citer ni memang terbaik la. tapi ending ...
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: nice sharing~ wink
Hidup seorang blogger - Top 3
Oh.. kalau iwebtool tu mmg kurang tepat....
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: pisyek gune iwebtool punye servi...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang