Utama Blog Terbaru H1N1 - Sekadar 1 Ujian

H1N1 - Sekadar 1 Ujian

DataKL Hosting

Rupa pisyek bile pakai topengSalam sejahtera sekalian. Hari ni aku nak bangkit-kan satu isu yang sedang hangat melanda seluruh dunia. H1N1!!! Ya... Satu penyakit yang amat hebat bagi aku. Cakap-cakap je, pastu sentuh-sentuh sikit, sedar-sedar dah kene! HEBAT!!! Memang hebat!!!

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, H1N1 ni da hampir 978 kes di Malaysia (setakat 24 Julai 2009:jam 8.00 pagi). 954 kes (97%) telah sembuh dan 20 kes (2%) sedang menerima rawatan anti-viral di hospital, manakala 4 kes (1%) menerima rawatan pesakit luar di rumah masing-masing.

Beberapa hari yang lalu, UITM Dungun, tempat adik aku belajar sekarang ni da kene tutup seminggu pasal ade kemungkinan H1N1. Suka la adik aku tu. Bley cuti seminggu free. Hahaha... Kat UTP ni pon dengar-dengar dah ade kes. Cuma tunggu mase nak tutup je kot. Ekeke...

Kat sini aku nak kongsi la sedikit tutorial. Kalau nak tahu sila download. Tak nak sudah...

Etika batuk: Bahasa Malaysia || English

Cara basuh tangan: Bahasa Malaysia || English

Cara pakai topeng: Bahasa Malaysia

Sedikit petikan yang aku ambil daripada www.moh.gov.my untuk dikongsi bersama.

Apa itu H1N1?

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

 

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

 

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

 

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Hits: 1144

Artikel berkaitan:

Komen (11)Add Comment
AiNi menulis:
ko yang pakai topeng...
bukan rumet ko = ="
1

July 25, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
da rumet aku tanak pakai topeng... aku pakai je la... sebagai langkah pencegahan... hehe... smilies/wink.gif
2

July 25, 2009
adired89 dari http://adired89.blogspot.com menulis:
hahha... sape h1n1 skarang??
posing kat katil ak.. ko pown kene H1n1 nnt..
smilies/grin.gif
3

July 25, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
er... tiada sebarang/kelihatan unsur katil dlm pic tu... smilies/grin.gif
4

July 25, 2009
beliamuda dari http://beliamuda.com menulis:
moga dijauhkan la H1N1 dari UTP..
5

July 25, 2009
zuhazahi menulis:
adib kne h1n1?
sape nk buat video nnt?lalala~
6

July 26, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
gimik je... rase-nye adib masih lagi sihat... hehehe.... smilies/cheesy.gif
7

July 26, 2009
adired89 menulis:
nampak nyer kene resign r.. tak larat lg dah nie.... smilies/shocked.gif

akk zuhazahi ganti lah yer....

la la la lalalal lalala alalaaa
8

July 26, 2009
Mantra dari http://saifulizwan.com menulis:
Hello UTP blogger
Amacam cuti best?smilies/wink.gif
9

August 03, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
cuti duk umah je... nih 1st tyme on9 sejak aku balik cuti ritu... hohoho...
10

August 06, 2009
RebeccaUB dari http://www.quality-papers.com menulis:
I want to state that a professional classification essay writing service supposes to be a good assistant on the way of expository essay writing. Thus, students can utilize it every time they want buy essay.
11

February 22, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 08 Disember 2009 15:54 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 3
huhu Thanks bro atas rankung kat atas t...
TV Series - IRIS
citer ni memang terbaik la. tapi ending ...
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: nice sharing~ wink
Hidup seorang blogger - Top 3
Oh.. kalau iwebtool tu mmg kurang tepat....
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: pisyek gune iwebtool punye servi...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang