Hohoho... Hampir seminggu tak update blog. Azam tahun baru untuk 2010 adalah update blog 3 hari sekali. Jadi macam mana tu? Hehehe... Tapi takpe, Pisyek ni sibuk orangnya. Kalau boleh update sekali dalam seminggu tu kira ok la. =)
Pertama sekali, Pisyek ingin memohon kemaafan kepada kalian jika dalam masa 2-3 hari ni kalian tak dapat nak akses ke blog Pisyek yang comel ni. Bila korang datang sini, balik-balik jumpa gambar cam kat bawah ni je. Mesti tensen gile, kan???

Sebenarnya blog Pisyek ada sedikit masalah dengan fail HTACCESS. Jadi sebab tu la keluar amaran tu. Pisyek sebenarnya takde block atau ban mana-mana IP dari Malaysia pun. Kalau dari Israel memang Pisyek block habis-habisan. Hehehe...
Dan dalam seminggu yang lepas, Pisyek agak sibuk dengan satu program khidmat bakti yang diberi nama CYBER GEN 2010 atau nama panjangnya CYBER GENERATION 2010. Program ni dianjurkan oleh Kelab Media & Teknologi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP MEDTECH Club). Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar tentang teknologi dan multimedia.

Program ni akan dijalankan sebanyak 3 kali, dan untuk kali pertama, ia telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak. Memang best gile la pergi sekolah tu dan ajar budak-budak.
Dan untuk program ni, Pisyek telah pun diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan Promosi & Penerbitan atau dalam bahasa inggerisnya, Head of Promotion & Publication Department.

Pisyek kelihatan amat hensem dalam tag ini bukan? Hehe...
Sekian, daripada saya, Pisyek yang melaporkan untuk buletin Pisyek.Com... =)


@beliamuda: yeye, saye la head PnP...

cne aku nak band org kat blog huh??
aku panasss-,-
kalo dkt chatbox tu boleh ban by IP.



hahaha...



kang merudum plak aku punye trafik... dah la blog ni x ramai pelawat... hahaha...










