Utama Tazkirah What goes around comes around

What goes around comes around

DataKL Hosting

Walaupun tajuk entri aku kali ni dalam english, tapi aku takde niat pun nak menulis dalam english. Hehehe... Korang percaya tak pada pepatah tu? Antara pepatah yang hampir serupa adalah seperti "Apa yang anda bagi, itu yang akan anda dapat." dan banyak lagi la. (Aku pun tatau gak yang lain-lain sebenarnya, hehehe...).

Segmen tazkirah aku kali ni mungkin agak menyentuh perasaan anda. Jadi sila bungkus perasaan anda itu untuk mengelakkan kejadian tersentuh atau sentuh-menyentuh terjadi. =P

Ceritanya bermula begini...

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.

Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 tahan, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, iaitu guru mengajinya.

Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat laporan polis dan medical check-up, anak aku dah macam orang hilang ingatan, histeria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar dipulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 tahan, 2 tahun dahulu. Pada awalnya hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dengan isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada gadis ini. Aku namakan dia Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap-luap. Tau-tau la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak &^%$ dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, aku nak pegang pun dia tak bagi, cium apatah lagi. Aku juga menipu Ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan dia berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal ke dalam minuman Ayu. Lepas aku tengok dia high, aku cepat-cepat bawa dia check-in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap-luap, aku bersetubuh dengan Ayu tanpa Ayu sedari. Nikmatnya tak terkata. Namun selepas menyedari keesokkan paginya, aku menyesal, Ayu pulak menangis sekuat hati.

Gaya orang stress

Gambar hiasan semata-mata

Dalam keadaan huru-hara tu, aku berjanji pada Ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku fikir nak nikah dengan Ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan Ayu, aku pun menghantar pulang ayu ke rumah sewanya. Sambil Ayu menangis teresak-esak, Ayu merayu jangan tinggalkan dia dalam keadaan macam ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku, nak nikah juga dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja ke rumah, tiba-tiba isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak-anak ku yang masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku. Aku masih sayang pada isteriku.

Bile terfikir tentang Ayu, aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteriku. Sejak itu isteriku melayan aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada Ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku.

Janji yang aku taburkan pada Ayu, hanya janji manis saja. Aku cuba jauhkan diri aku pada Ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi. Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang ke rumah, aku nampak kereta Ayu di depan rumah aku, aku tercari-cari Ayu di mana dia. Dalam perjalanan menuju ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh. aku panik, tapi apa yang terjadi aku akan hadapi.

Bila melangkah masuk ke rumah, aku lihat Ayu merayu-rayu melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan dia mahu aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknya menendang dan menampar Ayu sepuas-puasnyA. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita Ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain.

Tanpa rasa bersalah aku menarik Ayu dan menghalau dia keluar dari rumah. Menangis Ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mahu rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dengan nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu mengandung? Aku hampir pengsan lagi. Dan Ayu juga melafazkan aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol. Lepas tu Ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face-to-face dengan aku, siapa Ayu? Aku dengan tenang mengatakan Ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama. Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati dia, dia naik syok dengan aku. Isteriku tak puas hati tapi dia siap warning jika benar aku takde apa-apa affair dengan Ayu, dia maafkan aku, kalau tak dia akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah memang aku tiada affair dengan Ayu. Keesokkan harinya, aku cuba call Ayu untuk memutuskan hubungan dengan Ayu. Sebaik Ayu mengangkat telefon terus dia histeria dan menyumpah-nyumpah aku. Sumpah yang aku masih teringat-ingat.

Aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol.

Ayu

Semenjak itu, Ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar Ayu sudah meningal dunia tahun lepas. Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak-anak aku. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari Ayu, tapi Ayu sudah tiada. Aku bingung. Setiap malam aku buat sembahyang sunat taubat. Tapi bayangan Ayu selalu hadir dalam minda ku.

Dan yang paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku. Perit. Sungguh perit. Ya, kisah aku lebih kurang sama seperti dalam cerita-cerita rekaan yang selama ni kita tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar-benar berlaku, hingga aku terkelu sendirian. Terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yang menyindir. Tapi memang aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Hidup aku, hidup keluarga aku dan hidup insan lain.

Tatkala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru. memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak fokus langsung semasa memandu. Anak aku sekarang semakin histeria, dia tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis. Aku dan isteri sangat sedih. Anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah dia berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut dia bunuh diri atau mencederakan diri. Setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku, minggu lepas kami ada bawa dia berjumpa kaunselor, tapi nampaknya anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi. Isteriku menangis dan aku menahan sebak. Kaunselor kata bawa bila keadaan anak ku reda sikit nanti. Sekarang mungkin dia rasa tak selamat nak berjumpa orang asing.

Anak ku juga tak berapa nak makan, kami risau dia akan sakit. Aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suka bersendiri, kadang-kadang terdengar dia menyanyi sorang-sorang, risau juga takut dia alami gangguan emosi. Dia terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil dia tau apa yang bakal dia alami bila dewasa kelak.

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku diampunkan. Berbalik pada kisah Ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu dia, Kay. Kay yang memberitahu aku yang Ayu sudah meninggal dunia. Kesnya terkena buatan orang. Yang aku tak berapa pasti, Kay memberitahu Ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.

Selepas itu, Ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang dia tanggung, Kay beritahu mujur Ayu keguguran bayi, kalau tidak macam mana dia nak hadapi keluarga dan masyarakat. Hmmm, aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang Ayu, tapi Ayu menolak, Ayu jelaskan pada Kay, dia tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya. Aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

Gaya orang stress

Gambar hiasan semata-mata

Jejaka tu berang bile Ayu menolak pinangannya. Lepas tu hidup Ayu terus porak peranda. Puas dibawa berubat, akhirnya Ayu menghembuskan nafas terakhir. Kay kata Ayu terkena santau dari siam. Siapa yang buat wallahualam. Selepas Kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan. Sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain. Bukan sekali, tapi dua kali gus.

Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku ke atasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga. Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji. Tetapi selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah orang ni lagi. Pada malam itu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya ke rumah orang untuk beraya. Kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan dia pergi mengaji malam tu. Tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check.

Aku pun hairan, dalam banyak-banyak perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? Aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat. Kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan orang berpengaruh dan melibatkan kanak-kanak bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh. Kadang-kadang aku geram sangat. Geram pada lelaki tu. Nak saja aku kerjakan dia cukup-cukup. Aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar. Kalau penduduk kawasan rumah aku tau, aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak-anak yang lain.

Akhir-akhir ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah. Hidup kami tidak lagi ceria. Tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama-sama, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aku masih sebak. Malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih kerana anak ku masih kecil.

Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak-anak anda di mana mereka berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana-mana lelaki, walau se-alim mana pun. Ya, kadang-kadang sebagai ibu bapa kita hanya menyerahkan anak kita pada guru sekolah, guru tuisyen, guru mengaji, tukang gaji, driver, guard. Tapi kita tak pernah pun amik tau siapa mereka. Ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Sekian.

Kesimpulan

Jadi, setelah membaca cerita di atas, aku pasti banyak yang kita boleh simpulkan disini. Antaranya:

  1. Hidup ini bagaikan roda yang berputar. Kau tumbuk aku hari ni, mungkin esok lusa orang lain pula akan tumbuk engkau. (Contoh)
  2. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab anda kepada yang berkenaan.
  3. Jangan sesekali terlibat dengan orang-orang yang berpengaruh, melainkan anda memang berpengaruh. Hehehe...
  4. Anda ada nak tambah lagi?

Ini merupakan kisah benar seperti yang telah diceritakan semula kepada wartawan Pisyek.com. Diubahsuai oleh Pisyek sikit-sikit. Terima kasih kepada Hamiza.


Hits: 940

Artikel berkaitan:

Komen (34)Add Comment
good one P!
^_^
think before you act, so you won't regret it later.
1

January 31, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@kazu kalau fikir lain buat lain, cmne eh..? smilies/grin.gif
2

January 31, 2010
nikel dari http://nikelkhor.blogspot.com menulis:
from Nikel Khor
3

January 31, 2010
finafento dari http://fentomatte.blogspot.com menulis:
fuh, saya ingatkan kisah ni kisah tuan punya blog. bila baca balik, rupa-rupanya takzirah..huhu..mendebarkan..

betul la tu..KARMA kan..what you give you get back [tetiba je kan..]
4

January 31, 2010
beliamuda dari http://beliamuda.com menulis:
balasan ke atas perbuatan diri.
5

January 31, 2010
rentan dari http://sangrentan.blogspot.com menulis:
hukum karma mmg btl2 perit...
6

January 31, 2010
zaiMi dari http://ahmadzaimi.com menulis:
awal-awal cerita aku memang ingat cerita betul dh. siap pikir nak kutuk ko lagi dalam komen. nasib baik cerita pengajaran. haha! neway aku percaya dengan balasan. sebab Tuhan dah cakap buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
7

January 31, 2010
aisumichan dari http://www.quirkybutterfly.blogspot.com menulis:
sokong sangat.. hidup mcm roda kadang kite kat atas kadang kite kt bawah.. masa kite kat atas jgn lupe diri.. satu hari kite jugak akn dok bawah.. (erkk.. apa yg di sampaikan sbenarnye??) paham2 sndri la yer.. smilies/smiley.gif
8

January 31, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@zaimi: Hahaha... aku ber-awek pun belum, inikan pula ber-isteri dan ber-anak...

hehe... smilies/wink.gif
9

January 31, 2010
zaradgreat dari http://zara-dgreat.blogspot.com/ menulis:
doa orang teraniaya memang makbul
jadi, jangan nak aniaya orang.

kesian jugak dekat orang nih
kesian dekat anak dia..
hurmmm..

balasan Tuhan bagi nak bagi sedar..
10

January 31, 2010
dinsblog dari http://www.dinsblog.com menulis:
suspen jer citer...aku ingat tuan blog punya citer..anyway memang menyayat hati..
11

January 31, 2010
nanachan dari http://www.lulbably.blogspot.com menulis:
whoaa...touching2 isk3
12

January 31, 2010
1tomyam dari http://myjazmanie.com menulis:
setiap benda ada sebab dan musababnya ek...pengajaran ni,.baguih
13

February 01, 2010
neo dari http://www.neorackle.com menulis:
Pernah gak terbaca cerita ni. x igt la di mana.

Doa tiap2 hamba Allah mmg akan dimakbulkan. Cuma ada yang lambat dan ada yang trus dapat depan mata.

Bagi yang rasa dirinya jauh dari Allah tu, rapat2 kan la diri dgn amal ibadat. Muhasabah diri.

Fikirkanlah..adakah kita ini sekadar makhluk Allah atau hamba Allah?
14

February 01, 2010
Shikin dari http://shikinzain.blogspot.com/ menulis:
setuju sgt dengan peribahasa tu..what goes around comes around..ape yg kita lakukan hari ini akan memberikan kesan pada diri kita di masa depan..kalo tidak di dunia ini, di akhirat tempatnya..oleh itu, beringat2 sebelum melakukan sesuatu..wallahualam smilies/kiss.gif
15

February 02, 2010
Az dari http://zaza96.blogspot.com/ menulis:
ishk.. ingatkan bnda neh owner blog yg buat.. rupa2nya org len.. huhuhuhu.. last2 memakan dri sndri jugakkan smilies/smiley.gif
16

February 02, 2010
aelfi dari http://roketaelfi.blogspot.com menulis:
wahhh..ingat macam betul2 je di awal cerita.nice2 smilies/grin.gif
17

February 02, 2010
DaHLia dari http://dahliajournal.blogspot.com menulis:
giler suspen..aku siap spend time betul2 nak baca setiap citer... memang standby nk kutuk ko dah dalam komen ni...

seb baik bukan ko..hehehe smilies/cool.gifsmilies/cool.gifsmilies/cool.gif

betul laa tu...aku ingat satu jer "sekarang ni balasan Tuhan CASH jer,"
18

February 02, 2010
Para Jamaludin dari http://akuparasahaja.blogspot.com menulis:
pengajaran betul. =)
19

February 02, 2010
mohdisa dari http://blog.mohdisa.com/ menulis:
nice sekali...sekali baca...nah ambik masa panjang. smilies/smiley.gif
20

February 02, 2010
waahhh, kesiankan sebb salah bapak die, anak die jadik mangsa... haish,.....
21

February 02, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
trimas kepada anda2 semua yang sudi membaca karangan yang panjang gile nih... smilies/grin.gif
22

February 02, 2010
waaa.. ingatkan kisah sendiri.. cess.. tertipu rupanya.. nways stori yg menginsafkan.. huhu
23

February 03, 2010
noorafzan dari http://noorafzan.blogspot.com/ menulis:
pengajaran yang berguna untuk kita..
wallahualam...
24

February 03, 2010
Yusoff dari http://tulisanbiru.blogspot.com/ menulis:
Cerita ni betul-betul memberi keinsafan dan pengajaran, aku insaf..
25

February 03, 2010
sekadar peringatan kepada semua..semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari manusia itu sendiri.
26

February 03, 2010
besar betul hikmahnya.
lebih hebat kita diuji, lebih kuat kita menghadapi.

nauzubillahi min zalik dari bisikan iblis+nafsu jahat
27

February 04, 2010
nice story yg boleh jd teladan..aisehmen...muhasabah diri la ni gak...
28

February 05, 2010
Sham Sakti dari http://www.commaddict.com menulis:
salam bro, mula2 tak kenal,..bila usha lama2...baru rs cm penah nmpak kau...budak matrik perak kan...hahak,...neway salam ziarah
29

February 05, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@Sham: ye la.. aku dulu TP29... ko?
30

February 05, 2010
Sham Sakti dari http://www.commaddict.com menulis:
hahak,...aku budak hayat la, tb32...L1...aku slalu nmpak kau pg bilik mmbe kau...sebelah bilik aku...
31

February 07, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@Sham: haha... ye ke??? tatau la... hehe... nnt kite wat gathering dak2 KMPk 07/08...

leh kenal2 lagi... smilies/grin.gif
32

February 07, 2010
m.i.s.h_Y.a.n.a menulis:
byk pgjaran dlm cte nii..
33

February 13, 2010
AdawiyahNazir dari http://adawiyahakbar.blogspot.com menulis:
sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita tersebut.kadang-kadang apa yang kita fikir dan cakap, itulah yang akan jadi.nauzubillahiminzalik. T_T
34

March 02, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 31 Januari 2010 10:43 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 3
huhu Thanks bro atas rankung kat atas t...
TV Series - IRIS
citer ni memang terbaik la. tapi ending ...
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: nice sharing~ wink
Hidup seorang blogger - Top 3
Oh.. kalau iwebtool tu mmg kurang tepat....
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: pisyek gune iwebtool punye servi...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang