Utama Tazkirah Sakaratul Maut

Sakaratul Maut

DataKL Hosting

Sebenarnye, da lame aku nak kongsi-kan satu artikel yang aku baca daripada majalah SOLUSI, berkenaan dengan sakaratul maut. Ya!!! Berkenaan kematian. Dalam edisi Jun lalu, terdapat satu artikel yang bertajuk " MENGHADAPI KEGONCANGAN SAKARATUL MAUT " yang ditulis oleh JADDAL ATIF memang amat menarik. Bagi aku la. Tak tau plak korang rase macam mane.

Artikel tersebut ada menyatakan bahawa terdapat 6 kegoncangan kematian:

1. Mati datang tiba-tiba

2. Mati itu terlalu sakit

3. Melihat wajah malaikat maut

4. Mendengar kutukan atau pujian malaikat

5. Melihat bakal tempat tinggal di akhirat

6. Menghadapi godaan syaitan

Mati datang tiba-tiba

Ya, betul!!! Mati itu datang dengan tiba-tiba. Atau anda kurang setuju dengan pernyataan tersebut? Atau anda tahu bila anda akan mati? Aku memang da tau yang ko tak tau kan??? Hehehe... Walaupun mati itu datang-nya dengan tiba-tiba, tapi aku tak paham kenapa anda, anda, anda dan anda (dan aku juga) masih lagi tak insaf-insaf. Bawak-bawak la bertaubat cepat-cepat. Yang aku paling tak tahan-nye ada antara kita ni bajet hidup lama, siap boleh cakap; " Ha, aku nanti umur sekian-sekian aku bertaubat la. Sekarang ni muda lagi. Mati lambat lagi. " Macam mana kalau anda mati esok? Atau sejam lagi? Atau seminit lagi? FIKIRKAN sendiri. Contoh yang paling jelas dan semua orang tau: SITI NURHALIZA (sekadar menyebut contoh). Ada kew pakai tudung berperingkat-peringkat? Tutup sikit-sikit? Aish... Fenin-fenin...

Mati itu terlalu sakit

Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rase lagi. Kalau sape yang pernah rase, bley la kongsi-kan pengalaman anda di sini.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "

Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "

Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "

Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut beada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).

Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.

Melihat wajah malaikat maut

Malaikat maut akan datang dengan wajah yang berbeza. Jika orang soleh, malaikat datang dengan wajah yang lembut dan indah. Dengan bau yang harum. Ketika itu orang yang hampir mati itu akan mendapat ketenangan untuk melafazkan kalimah syahadah.

Namun, bagi orang fasik, malaikat maut akan datang dengan wajah yang mengerikan. Keadaan ini akan menambah derita selain derita sakatul maut yang sedia dihadapi. Waktu itu bila ditalkinkan menyebut -LA-ILAHA-ILLALLAH- dia sibuk dengan kesakitan dan kengeriannya hingga tidak sempat memberi respons.

Mendengar pujian atau kutukan malaikat

Orang yang hendak mati akan dapat mendengar pujian atau kutukan daripada malaikat di-sisi-nya. Selama ini malaikat yang duduk di sebelah kiri dan kanan itulah yang mencatat amalan abik dan jahat. Jika amalan yang dilakukan seseorang itu baik, dia akan dipuji dengan kata-kata yang sangat menghiburkan menjelang kematian-nya.

Sebalik-nya, jika amalan-nya uruk, orang yang fasik itu akan dikutuk dengan kata-kata yang menyakitkan. bayangkan, betapa seksanya menghadapi kematian yang sangat sakit, malah ditambah pula dengan kutukan daripada malaikat.

Dapat melihat tempat tinggal di akhirat

Firman Allah: " Akan di-angkat hijab yang menutup dan kamu akan melihat dengan pandangan yang tajam. " (Surah Qaf, 50:22)

Imam Ghazali telah memuatkan satu hadis berhubung ayat di atas dalam IHYA ULUMUDDIN: " Setiap seseorang daripada kamu tidak akan meninggal dunia, sebelum dia tahu ke manakah yang bakal diduduki-nya di syurga atau di neraka! "

Menghadapi godaan syaitan

Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang, lebih hebat dan tinggi pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu ini syaitan tidak lagi datang untuk menyuruh melakukan maksiat tetapi untuk menukar akidah seseorang itu. Syaitan datang dengan membawa gambaran harta, tanah, rumah, dan lain-lain lagi milik kita yang amat disayangi. Hingga dengan itu menyebabkan kita berat sungguh rasanya untuk berpisah. Juga digambarkan orang yang paling dicintai dan orang yang paling dibenci untuk menambahkan lagi derita diwaktu itu.

Orang yang hampir mati itu berasa sangat dahaga. Syaitan akan memanipulasi keadaan itu dengan menyamar sebagai sesiapa sahaja yang kita sayangi. Syaitan datang dengan membawa air tetapi jika ingin meminumnya, kita akan dipujuk untuk menukar akidah terlebih dahulu.

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, orang yang datang menziarahinya semua-nya bertaraf ulama. Bila anaknya mentalkinkan -LA-ILAHA-ILLALLAH- beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Imam besar itu menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Begitulah 6 kegoncangan kematian yang akan menentukan satu antara dua jenis kematian, mati dalam husnul khatimah (kematian yang baik), atau mati dalam suul khatimah (kematian yang buruk).

Semoga anda, anda, anda, dan anda semua mendapat apa yang cuba daku sampaikan di sini. Sekadar satu peringatan untuk kita semua. BTW, korang tau kew ape name malaikat-malaikat yang aku nyatakan kat atas? Sape tau angkat tangan!!! Hadiah misteri menanti anda. Ekekeke...


Hits: 3706

Artikel berkaitan:

Komen (12)Add Comment
beliamuda dari http://beliamuda.com menulis:
malaikat yang mencatat amalan manusia - Raqib dan Atiq.
malaikat yang mencabut nyawa @ malaikat maut - Izrail.

~~rukun iman kedua
1

July 08, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
Wah... Gile kentang... tapi kurang tetapt sikit tu... smilies/grin.gif

Raqib catat ape?

Atiq catat ape?
2

July 08, 2009
nina menulis:
insaf membacanya..... smilies/sad.gif
3

October 17, 2009
boleh saya tolong jawabkan .

raqib catat pahala smilies/smiley.gif

atid catat dosa
4

January 15, 2010
m.i.s.h_Y.a.n.a menulis:
sbgi manusia memg kte ptut tau n sdr tntg hl cmni..bkn stkt mmbce jek...muhasabahkn diri jgk..smilies/cry.gif
5

February 13, 2010
AdawiyahNazir dari http://adawiyahakbar.blogspot.com menulis:
best je blog pisyek nie.mcm-mcm info. smilies/grin.gif

http://adawiyahakbar.blogspot.com
6

March 02, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@Ada: trimas... terharu dgn pujian anda itu.. T__T

tapi jgn puji lebih2, kang jadi racun plak... hehe... smilies/wink.gif
7

March 02, 2010
hilmi menulis:
Ya Allah, jadikanlah kami cr kalangan org yg mati dlm kalimah syahadah....aminnn

nk berjaya kne ada usaha...
-usaha pertama, jd la pemuda yg hatinya tergantung di masjid
8

April 18, 2010
rashid dari http://www.mnirashid.com/blog/ menulis:
Info pasal ni tak akan luput sampai bila-bila...jadi tak ada istilah lewat...Cerita pasal kematian semua insaf dan taubat, tapi bila lama sikit tak baca perkara ni, semua kembali ke keadaan seperti biasa...kita cuma manusia yang mudah lupa...terima kasih pisyek, kongsi bersama info ni...
9

June 08, 2010
alif menulis:
terharunye saya membaca....

bertaubatlah anda semua....

pintu taubat masih ter buka....

semoga ALLAH merahmati kita semua sebagai umat ISLAM....
10

June 17, 2010
isma menulis:
insaf nye bile bace....takut pun ade juge....hehesmilies/grin.gif
11

June 28, 2010
isma menulis:
insaf sungguh bile bace cerite ni...tapi setakat insaf je nak buat pe kene le buat baik.... ingat sembahyang la anda sebelum anda disembahyahkan i love umat islamsmilies/smiley.gif
12

June 28, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 09 Julai 2009 08:59 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 3
huhu Thanks bro atas rankung kat atas t...
TV Series - IRIS
citer ni memang terbaik la. tapi ending ...
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: nice sharing~ wink
Hidup seorang blogger - Top 3
Oh.. kalau iwebtool tu mmg kurang tepat....
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: pisyek gune iwebtool punye servi...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang