Utama Tazkirah Perihal neraka

Perihal neraka

DataKL Hosting

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.


Hits: 616

Artikel berkaitan:

Komen (3)Add Comment
hanis_farhana menulis:
ak cuma nk ko tmbh sket tazkirah..
psl2 yg jrg org tau..
ak ska tazkirah ko..
leh ek ko tmbh tazkirah len..
1

April 19, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
er... hurm... da lame aku x cakna pasal kolum tazkirah aku nie... hehe... xpe2... psl tazkirah yg jarang org tau tu nnt aku usahakan... ekeke...
2

April 19, 2009
K.D menulis:
to hanis_farhana
if nak tau lbh lanjut tntg tazkirah
bleh tgk kat sini
www.iluvislam.com
kat situ ada bnyk cerita
tntng hal ehwal agama dan santapan rohani dan jasmani
bgs untuk kita semua
cubalah
smilies/wink.gif
3

October 19, 2009
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Januari 2010 07:54 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 15
@dedoku: insya-Allah... tapi pisyek ...
Hidup seorang blogger - Top 15
tahniah Pisyek sebab menang gak hadiah r...
Hidup seorang blogger - Top 15
Susah x bro join contest ni..tengok namp...
Hidup seorang blogger - Top 15
menang dah eh? hahhaha
Hidup seorang blogger - Top 15
@NK: munkin da tiba masa anda kembalikan...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang