Utama Tazkirah Amalan-amalan baik tapi terbalik

Amalan-amalan baik tapi terbalik

DataKL Hosting

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia@tidak bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.


Hits: 2619

Artikel berkaitan:

Komen (16)Add Comment
norr menulis:
ha btl3...
mmg x slh lgsg tp tak tahu la nape susah sgt nak betolkn ape y tak btol tu...
myb org ramai tak bc pe y anda tulis d atas nie kan...
1

April 06, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
Mungkin juge... hehehe....
2

April 07, 2009
dali menulis:
salam...

saya setuju sgt2...terutama sekali y pasal knduri tu...
bile la agknye masyarakat kite nk sedar ea?smilies/cry.gif

apepun marilah kita sama2 mndoa'kn smoga prkara2 mcm ini dpt dbetlukn...insyaAllah..ameen...
3

July 20, 2009
hafiz dari http://anakdesa89.blogspot.com/ menulis:
salam.. saya setuju sgt ngan sume info tersebut.. mtak izin untuk copy dan sebarkan ye.. hehe
4

September 07, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
p.I.S.y.E.k x kisah asal-kan anda linkback kat p.I.S.y.E.k nye page ni... smilies/grin.gif
5

September 07, 2009
Nadra menulis:
bagus article ni. terima kasih kerana berkongsi ilmu. susah sket nak buat pasal kenduri tu.. mak mertua sangat kuat adat orangnya!! mmg betul Rasulullah tak pernah ajar pun pasal kenduri tahlil ni semua. yg terang, bila kita mati, cuma 3 perkara yg dapat jadi bekal utk kita:

1) doa anak2 yg soleh (tak soleh tak sampai),
2) ilmu yg bermanfaat (bukan ilmu sesat atau mcm ayah pin tu..)
3) sedekah jariah (bukan sedekah sambil mengharapkan pangkat atau apa..)

yg lain2 tu.. sendrik mau tau lah..
6

October 29, 2009
nANA menulis:
setUUjUUuuu....
2 la diur..
manUsia2..
smilies/tongue.gif
7

October 30, 2009
no1, btl3...n nk kongsi pe i de dgr..kalo duit yg org bg ms mlawat org meninggal tu tuk meringankan kuarga si mati.so, tuk kenduri arwah ley gne duit tu n duit tu x jd duit pusaka..kan?ni i dgr dr ustaz...
no2 lak, slalu sdare2 i mmg xamik duit kalo wat mjlis kawen, kire kenduri tu wat mjlis kesyukuran or kndri arwah..dpt jgk sedekah kat org yg dah xde...
8

January 29, 2010
highcarl dari http://sirhighcarl.com menulis:
setuju dgn artikel kau~
benda ni dah banyak berlaku tanpa kita sedari.
aku pun baru tersedar.
9

January 29, 2010
p.I.S.y.E.k menulis:
@Hana: tu pisyek x pasti la plak, kene komfirm-kan ngn ustaz la.. hehe...

@highcarl: bagus la kalau dah sedar, masalahnye yang dah sedar tapi buat-buat tak sedar... mmg bermasalah... smilies/sad.gif
10

January 29, 2010
m.i.s.h_Y.a.n.a menulis:
memg tsgt baik nye lah sbb kuarkn artikel cmni..smoge rmai yg dpt terime hkikt yg sesungguhnye hkikt..(hehe..phm2 sudh...)
11

February 13, 2010
wan menulis:
salam..... lau le tau dari mane saudara dpt sal kenduri x di benarkan ?... le tak saudara bgi tau nas atau hadist yang melarangnya.....
12

March 17, 2010
p.I.S.y.E.k dari http://www.pisyek.com menulis:
@wan: kenduri yg mane nih? no 1 tu ke? bukan x d benarkan, boleh je... sila baca keterangan d atas berulang2 kali... hohoho... smilies/smiley.gif
13

March 17, 2010
yang buat macam ni selalunya orang melayu-islam.. ni semua sebab adat la ni.. susah nak ubah..
14

May 04, 2010
rashid dari http://www.mnirashid.com/blog/ menulis:
Tersedar dari lamunan...kebanyakan rakyat Malaysia ni melayu, dah terikut-ikut tradisi nenek moyang, mungkin segelintir je yang tau...bagus info ni...terimakasih...
15

June 07, 2010
RozaniGhani dari http://www.rozanighani.com/ menulis:
lawak jugak kalau fikir-fikir balik.
16

June 25, 2010
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Januari 2010 07:56 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 3
huhu Thanks bro atas rankung kat atas t...
TV Series - IRIS
citer ni memang terbaik la. tapi ending ...
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: nice sharing~ wink
Hidup seorang blogger - Top 3
Oh.. kalau iwebtool tu mmg kurang tepat....
Hidup seorang blogger - Top 3
@azuan: pisyek gune iwebtool punye servi...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang