Oleh kerana puase pon da nk dekat, jadi aku terilham utk menulis sesuatu yg berguna utk org len... Khas sempena bulan Ramadhan yg akan datang nie.. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, baru la dapat pahala penuh, ye x??? Hehehe... Antara yang terpenting :
i. Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya
ii. Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia
iii. Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal dan bersih
iv. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [Bukhari dan Muslim]
v. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
vi. Jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.
vii. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
viii. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, Bukhari dan Muslim].
ix. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [Baihaqi dan ibnu Khuzaimah]
x. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, Witir dan sebagainya.

di sini saye ingin b'kongsi stu perkara...
mengapa kita dsuntkan mempercptkn berbuka dn mlmbtkn wktu sahur kita...
ini kerana...perut kita sebenarnya boleh brtahn x mkn dn minm hanya selama 14 jam...andai kata waktu berbuka kita ialah pada jm 7, maka berbukalah pada pukul 7, jangn ditangguhkn...dan seelok-eloknya brsahurlah pada jam 5 pg...



tapi pisyek ...



