Tutorial photoshop pisyek untuk kali ini adalah berkenaan dengan HDR. Apa itu HDR(High Dynamic Range)???
Quote dari wiki
In image processing, computer graphics, and photography, high dynamic range imaging (HDRI or just HDR) is a set of techniques that allow a greater dynamic range of luminances between the lightest and darkest areas of an image than standard digital imaging techniques or photographic methods. This wider dynamic range allows HDR images to more accurately represent the wide range of intensity levels found in real scenes, ranging from direct sunlight to faint starlight.
Pandai-pandai la korang faham. Hehehe... Yang jelas, gambar HDR lagi best dan menarik berbanding gambar biasa. Anda tak percaya? Sila GOOGLE sendiri. Hehehe... Tengok gambar A dan gambar B kat bawah ni. Mestilah gambar B yang lagi best kan???
![]() | ![]() |
Gambar A (Asal) | Gambar B (HDR) |
Idea untuk menghasilkan tutorial photoshop ini datangnya setelah melihat sekeping gambar milik mahsyar di tumblr( bukan best sangat pun gambar dia tu, hahahaha...). Pastu pisyek pun study la sikit pasal HDR ni. Dan hasilnya wujudlah tutorial ni. Hehehe... Dengan 5 langkah yang senang, anda boleh membuat 1 gambar HDR tanpa sebuah kamera DSLR yang mahal tahap gaban!!!
Langkah-langkah yang terlibat:
1. Buka gambar yang mahu di-edit menggunakan photoshop. Duplicate gambar anda dan namakan layer tersebut sebagai "Layer 1". Hide-kan layer "Background". Pergi ke FILTER > SHARPEN > UNSHARP MASK. Tetapkan AMOUNT = 60%, RADIUS = 250 pixel, THRESHOLD = 0.

Rajah 1 - Unsharp Mask
2. Duplicate "Layer 1". Namakan sebagai "Layer 2". Tekan CTRL + U untuk pilihan Hue/Saturation. Tetapkan Saturation = -80. Uncheck COLORIZE. Set-kan blend mode OPACITY dan 25% OPACITY untuk "Layer 2".

Rajah 2 - Hue/Saturation
3. SHIFT + CTRL + E untuk MERGE VISIBLE atau anda boleh pergi ke LAYER > MERGE VISIBLE.
4. CTRL + U untuk Hue/Saturation. Uncheck COLORIZE. Tetapkan Saturation = +10.
5. Tadaaaa!!!!! Dah siap.
Senang bukan? Kalau anda GOOGLE, mungkin banyak lagi tutorial-tutorial yang menarik dan lebih advance daripada tutorial photoshop pisyek ni. Tapi tutorial photoshop yang senang ni ditulis agar korang mendapat sedikit pendedahan mengenai gambar HDR ni.


baru la hebat...
hahaha....

sebenarnya HDR ni gabungan beberapa gambar.
kawasan yang gelap dia cerahkan. yang cerah (over expose) di gelapkan. so gamba tu jadi balance.
btw, try tambahkan dengan high pass filter. gabung dengan satu copy layer atas dia dengan color overlay.
1. betulkan pic saturation/contrast guna curve
2. masukkan layer high pass filter: vivid color. opa: 100
3. masukkan layer high pass filter: color. opa: 30
4. unsharped mask
tapi semua tu bergantung kepada jenis gambar dan try n error

buatlah entry mcm ni lagi..










