Borim2... Tenet kat UTP menggila lagi... Sume yang berkaitan dengan GOOGLE xleh nak bukak. Contoh: GMAIL dan GTALK... Aishh... Friendster pon aku xleh nak login... Sdey2... Tapi Minggu lepas aku ade jumpe satu buletin kat dalam friendster tu dan aku nak kongsikan dengan korang sume. Betul atau x korg pk2 la sendiri... Ni bukan yg aku tulis ek... Aku pon xtau sape yg tulis.
10 jenis orang yang main friendster
1>Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? Kaifa haluka, ukhwah fillah abadan abada, i love u, u love me. Abah engkau! Siap buat group-group 'USRAH' la, 'DAKWAH' la, 'UKHWAH' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintun la, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah taknak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.
2>Pembohong, penipu, kaki auta. Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main FRIENDSTER la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun. Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape lah.
3>Suka show-off. Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam Europe ke, Turki ke, apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang.
4>Bajet cun/hensem. Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata BEAUTY IS ONLY A SKIN DEEP. Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh... bajet cool je...
5>Nak cari kawan/ kapel. Sepanjang observation aku, aku tengok orang main FRIENDSTER ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna FRIENDSTER nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mula la dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek eleh... Kat FRIENDSTER berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadahnye kawan FRIENDSTER. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.
6>Suka crappy material. Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi sebenarnya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang. Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal. Siapa ajar? Abah ajar?
7>Suka buang masa. Hanya dengan FRIENDSTER, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia. Bayang la kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk FRIENDSTER sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat FRIENDSTER. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih... aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu.
8>Suka tengok gambar lucah. Ada ke gambar lucah kat FRIENDSTER? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh... Klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezeki lagi? Contoh la, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezeki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan.
9>Perosak bahasa. Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan FRIENDSTER-rer ni yang perosak bahasa. Tak caya tengok je la testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.
10>Childish. Siapa rasa main FRIENDSTER menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'. Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.
Haha... Musti budak yang karang mende nih seorg yang da fed-up ngn FRIENDSTER. Kadang2 tu aku tgk ade jugak betul-nye... Korg lak?

tak elok ko ckp cmtu la...
bukan sume org y join frendster tu cm y ko ckp td...
ade gak y join frendster sbb nk collect ex-frend ms zmn sekolah dulu...
cm biasa la..kan sentiasa ada advantage and disadvantage 4 every single thing...
y pntg ht msg2 la...niat tak betol mmg la dpt tak betol...
tp aku rs la...s long s kte tak kco hal org lain da la...
intnt tuk communication...sometime elok tuk cr hiburan tp berpada2 la...
pape pun ko nye komen tu bernas...
hrp sape y mkn cili biar la rs pedas..
WASSALAM.....
BANKAI tol...pe hal
masalah giler
emo tu.. traser kew..
ahahks ahaks
ape2 pn, ade gak yg btol n ade gak yg salah...heheh...dh kite edit gmbar cntik2 gune photoshop xkan nk tgok sndri je kot...sharela ngn kawan2 yg len supaya dpt komen yg leh bg kite idea2 kreatif lg..issshhh3...
think positively lorrr...

stylo mende nih....
rase cm nak delete jer account fs aku tu...
thanx sbb berjaya bukak mata aku....


tapi kita kena fikir la mana negetif n mana positif..
assalamualaikum...

) ada benarnye tapi xmewakili semua pengguna fs.
ni salah satu generalization statement la nih...w/pon xberapa betul n xde salah sangat...
tp de jgk for da top reason dorg nk de fS adalah xnk ketinggalan zaman kan...hak3
walaupun hakikatnyerr fS da xlaku sebab skg org layan facebook...
haa,suke sifat jujur pisyek tuh,pisyek plak kategori org yg nombor berapa?...satu,dua,tiga?...ke,yg ke semua nombor tuh?...hak3
main FS sbb x main FB...
tp 2-2 bertujuan untuk kumpul kawan-kawan lama supya tak terputus hubungan or berita dari dieorg...

tak semua kot macam tuu .
rasanya ciri-ciri macam tuu lagi banyak jumpa kat myspace kot .
tapi ape-ape pun , saya sangat la terkecuali dari hali ini . lol

hahaha...
kau ni memang tambah dosa je r!!
haha..
assalamualaikum..

ekeke...

fs in consideration 2 be deleted.
ym ada sudaa~ :p
@asimplemee: betul3....

Tpi I thinK aLL peOpLe yG bGi cMmenT
suMe btuL . . .
ItS aLL uP 2 u . . .
sMe adE nK amik yg +ve @ -Ve . . .
pLih sndRi . . .
huhuhu~~

fs tak best.
fs tok budak kecik je kn3??
hehe
tangkap gamba muka sendiri dengan pipi dikembungkan, mata dikenyitkan...nampak sangat tak malu.
hehe..ada benarnya...buang masa tu betul la..klik sana klik sini, benda sama gak yang duk tengoknya..
em..tapi tujuan sebenar saya berFS & berFB ni sebab nak cari member sekolah..semua member kat FB saya kenal..yang tak kenal, tengok mutual friend, kalau still tak kenal, reject aje..
FS, ada yang kenal, ada yang tak kenal..tapi sekarang dalam proses nak remove mereka2 yang tak kenal.
em..twitter/blog untuk luahkan rasa hati..yang ni x ramai yang tahu..tak kisah tak ramai follower..[^_^]
spe nak g tlg cek??


N KO PUN BODO COZ TAYANG BENDE NIE...
ORANG MAIN LAMAN SOCIAL NIE COZ ADER YG NK CRI LINK...
2KAR IDEA...
CRI FAMILY...
PERANGAI YG KO PASTE KAT ATAS 2...AKU RASE MCM PERANGAI KO KOT...
TENGOK ARR EDITING SKILL KO...?
XDER LANGSUNG XDER STYLE....
TRY LA RUJUK BUDAK2 POWER EDITING....
GELAK SIOT AKU BCE PAGE KO NIE...
HAHAHAHAHAHA...


mende sumer ni x de faedah blaka





