Pak ali baru beli kancil second hand. Seronok sangat dapat kereta, dia bercadang untuk pergi ke KL, jumpa anak cucu. petang itu, selepas mendapat kereta beliau terus ke KL selepas maghrib. Masuk Highway plus ke KL, kereta beliau tiba-tiba berhenti.
"Rasa-rasanya clutch habis nih. Enjin hidup tapi tak jalan keta nih" Bisik Pak Ali.
Sedang beliau mencuba masuk gear, ada sebuah kereta Evo 7 berhenti.

"Apahal ni pakcik?" tanya budak evo tu.
"Ntahlah nak. kereta ni tak mau jalan. Enjin ok. Clutch abis kot." Kata Pak Ali.
"Macam ni-lah pakcik. Saya ade rantai. Kita tunda sampai next stop. At least kat R&R ade ramai orang sikit. Kat sini tepi highway bahaya!" Cadang budak Evo tu.
"Tak-nak-lah, kereta kau tu laju sangat." Tolak Pak Ali.
"Tak pe, saya janji bawak slow-slow. Kalau saya laju pakcik bagi beam. Nanti saya slow sikit." Cadang budak tu lagi.
Pak Ali pun setuju sebab dia rasa cadangan tu ok.
Masa tengah tunda, tiba-tiba ada subaru impreza datang sebelah kereta evo tu sambil ajak race. Subaru tu tak perasan evo tu tengah tunda kereta kancil. Mula-mula evo tu buat dek aje. Tapi si subaru nih tak habis-habis ram sambil himpit evo tu, nak race jugak! Evo tu bengang dia pun terus pecut smpai lupa yang dia tengah tunda kancil Pak Ali. Pak Ali gelabah serta kecut perut beliau lalu terus bagi beam sambil hayun tangan suruh ke tepi. Evo tu pulak tengah syok cucuk subaru smpai tak peduli kat Pak Ali dah.
Tiba-tiba ade polis tengah buat speed trap.
Polis1: Bola satu. Sila tahan tiga kereta. Over.
Polis2: Bola satu kepada bola 2. Kereta apa, over.
Polis1: Kereta satu Subaru Impreza biru WHX1698 220KM/J. Over.
Polis2: Terima over.
Polis1: Kereta dua Evo 7 Merah WGP4034 215KM/J. Over.
Polis2: Terima. Kereta 3? Over.
Polis 1 Sambil menggaru kepala.
"Kereta kancil merah. Kelajuan tak dapat dikesan, tengah cucuk evo sambil bagi beam nak suruh kedua-dua kereta depan ke tepi sebab nak potong semua.... Overrr...."









