Utama Blog Lawak 3 remaja bermasalah

3 remaja bermasalah

DataKL Hosting

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian bdk2 ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada suatu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah mangkuk hayun ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...".

Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Maka, mmg terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram.

"Allahu akbar!"

Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

"Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!

Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"Hahaha...., itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi power aku semayang. Hahaha..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


Hits: 611

Artikel berkaitan:

Komen (2)Add Comment
nunu menulis:
seyes lawak dowh...
ahahahaha
tkekek2 ak gelak....
tmbh la lwk lg...
dpt cket ilgkn tensen ak kt irc neh...
ahahaha
1

May 06, 2009
p.I.S.y.E.k menulis:
nnt aku tambah... haha... xde mood nk berlawak buat mase nih... T_T ...
2

May 07, 2009
Apa kata anda?
 
  kecilkan | besarkan
 

busy
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 23 Disember 2008 23:15 )  

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 15
@dedoku: insya-Allah... tapi pisyek ...
Hidup seorang blogger - Top 15
tahniah Pisyek sebab menang gak hadiah r...
Hidup seorang blogger - Top 15
Susah x bro join contest ni..tengok namp...
Hidup seorang blogger - Top 15
menang dah eh? hahhaha
Hidup seorang blogger - Top 15
@NK: munkin da tiba masa anda kembalikan...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang