What goes around comes around
Ahad, 31 Januari 2010 09:13 Pisyek Walaupun tajuk entri aku kali ni dalam english, tapi aku takde niat pun nak menulis dalam english. Hehehe... Korang percaya tak pada pepatah tu? Antara pepatah yang hampir serupa adalah seperti "Apa yang anda bagi, itu yang akan anda dapat." dan banyak lagi la. (Aku pun tatau gak yang lain-lain sebenarnya, hehehe...).
Segmen tazkirah aku kali ni mungkin agak menyentuh perasaan anda. Jadi sila bungkus perasaan anda itu untuk mengelakkan kejadian tersentuh atau sentuh-menyentuh terjadi. =P
Ceritanya bermula begini...
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 tahan, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, iaitu guru mengajinya.
Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat laporan polis dan medical check-up, anak aku dah macam orang hilang ingatan, histeria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar dipulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.