Bengkel: Membina laman web & photoshop
Ahad, 10 Januari 2010 11:28 PisyekTahukah anda bahawa Pisyek baru-baru ini telah dijemput bagi menjayakan bengkel untuk membina laman web dan photoshop. Bangga... Bangga... Mwahahahaha... Pisyek telah dijemput sebagai tenaga pengajar dalam bengkel tu. Dapatlah tambah wang saku sikit. Hehehe...

Bengkel membina laman web dan photoshop ni diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Jabi, dekat dengan rumah Pisyek ni. Diadakan selama 5 hari, dari 5 Jan 2010 hingga 9 Jan 2010. Penat jugak bagi tunjuk ajar ni sebenarnya, walaupun peserta dalam 15 orang sahaja. Bengkel bermula dari jam 3 petang sampai 6 petang.









