Utama
  • About Me

  • Boikot Israel

Pisyek
Siapa Pisyek? Masih belajar, ICT (degree). Periang juga kelakar dan kebudak-budakkan (orang cakap). Mahir dalam JAVA, Python, XHTML, C++, JavaScript, Joomla, photo editing. Juga melakukan freelancing. Sila lihat portfolio saya.
Boikot Israel
AOL Time Warner | Coca-Cola | Danone | Delta Galil | IBM | L'Oreal | Nestle | Nokia | Home Depot | Intel | Sara Lee | Starbucks | McDonald's | Timberland | Arsenal FC | Revlon |

Ebook Panduan Asas Joomla!

Ahad, 24 Januari 2010 07:41 Pisyek

Hari ni aku macam nak buat baik sikitlah rasenye. Hahaha... Jeng.. Jeng.. Jenngg.... Dengan ini Pisyek mempersembahkan Ebook Panduan Asas Joomla. Klik pautan download di bawah untuk muatturun / download. Percuma je... Siyes... =P

Ebook Panduan Asas Joomla!

Ebook Panduan Asas Joomla!

 

Ochaz Edit Photo Contest

Selasa, 19 Januari 2010 23:59 Pisyek

Rasanya ramai antara kawan-kawan Pisyek sudah mengetahui bahawa Pisyek memang suka edit-edit gambar. Anda tak tahu lagi? Tapi sekarang anda dah tahu kan? Hehehe... Kali ni, Pisyek menyertai satu contest yang melibatkan photoshop.

Ochaz

Peraduan ni dianjurkan oleh ochaz. Jangan tanya pasal diri penganjur tu kat Pisyek sebab Pisyek sendiri pun tak kenal dengan penganjur tu. Hahaha... Pisyek terserempak dengan peraduan ni masa tengah jalan-jalan atas talian. Hehehe...

Sebenarnya Pisyek tak nak join contest ni pasal hadiah-nye tersangatlah misteri. Benda-benda misteri ni Pisyek tak brape minat. Tapi sebab dah hobi Pisyek edit-edit gambar, layan juge ler... Kang nanges plak penganjur kalo Pisyek tak layan. Hahaha...

Berikut adalah gambar-gambar yang dipertaruhkan:

 

Macam mana nak mula couple?

Sabtu, 16 Januari 2010 20:27 Pisyek

Pisyek tahu yang semua blogger yang wujud atas muka bumi ni ada merekodkan tentang kehadiran pelawat ke blog masing-masing. Tak kisah lah statistik pelawat tersebut menggunakan AWStats atau pun perkhidmatan oleh mana-mana syarikat atau laman web yang ada dalam internet ni.

Petang tadi lepas balik dari dinner (Pisyek memang selalu dinner pada pukul 6.30 pm), Pisyek saje-saje la nak cek Pisyek punya statistik blog yang tersayang ni, tiba-tiba ku terlihat sesuatu yang membuatkan daku dan rumate terguling-guling, gelak sakan habis!!! Hahahaha!!!

Anda percaya atau tidak, percayalah!!! Hehehe...

 

Nama domain

Khamis, 14 Januari 2010 19:38 Pisyek

Anda tahu apa itu nama domain atau domain name? Dalam tutorial web kali ni, Pisyek akan cuba kongsikan sedikit berkenaan dengan hal-hal atau terma-terma yang berkaitan dengan domain ni. Idea untuk menulis tentang nama domain datangnya beberapa hari yang lalu sebab bosan dengan member-member aku yang slalu tanya pasal bende yang sama, hari tu dah cakap, tapi pastu tanya lagi... Haih... Tapi takpe. Lain kali tanya lah lagi. Hehehe... Kurang-kurang ada lah juga idea untuk aku update blog. Hahaha...

Apa itu domain?

Domain ialah tanda pengenalan kepada sesuatu sumber atau laman web di internet yang diselenggara oleh Domain Name System (DNS). Fakta yang terpenting yang perlu anda tahu ialah nama domain perlu unik. Maknanya anda tidak boleh memiliki nama domain yang telah dimiliki oleh orang lain. Contoh yang paling mudah ialah pisyek.com. Jadi korang takkan dapat membeli nama domain ni sebab Pisyek dah pun beli dulu. Hehehe...

Jenis-jenis sambungan (extension) domain:

Domain mempunyai beberapa jenis extension. Antaranya .com, .net, .org, .gov, .int, .mil, .name, .biz, .info, .aero, .coop, dan .museum.

 

Hukum sertai Facebook

Ahad, 10 Januari 2010 16:10 Pisyek

Saya ditanya soalan: "Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zuckerberg menyumbang dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?"

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

Isu 1

Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda." (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

 
Halaman 3 daripada 19

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

FESCO 2010
steady ah Pak Eddy Gadjah Mada.. ketuk l...
Pengklonan menggunakan Photoshop CS3
mantap sungguh tutorial abe pisyek..tp s...
FESCO 2010
@beliamuda: aku kne pegi mlm tu sebab se...
FESCO 2010
ptt ko bawa sendiri kamera. boleh snap b...
Pengklonan menggunakan Photoshop CS3
@Arra: slalu main nnt lame2 biasa la... ...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Kawan Pisyek

Nuffnang