Utama
  • About Me

  • Boikot Israel

Pisyek
A PHP/JAVA programmer, love Joomla! and Wordpress very much! I do CodeIgniter. More about me.
Boikot Israel
AOL Time Warner | Coca-Cola | Danone | Delta Galil | IBM | L'Oreal | Nestle | Nokia | Home Depot | Intel | Sara Lee | Starbucks | McDonald's | Timberland | Arsenal FC | Revlon |

Buat brush baru

Khamis, 21 Mei 2009 17:52 Pisyek

Hoho... Paper exam aku lambat lagi... Ade la dalam 4 hari lagi. Kira lame lagi la tu... Haha... Boring2... Korang tau tak macam mana nak buat brush photoshop? Kalau tak tau usha tutorial ikhlas aku nih... Sebenarnya senang je nak buat brush. Dan korang tau tak ape sebenarnya fungsi brush nih? Brush ni kira nak senangkan keje korang nanti la... Tak payah nak buat keje dua kali atau berkali-kali.

1. Buka satu file baru dalam photoshop. Saiz tak kisah. Suka hati korang la... Aku bagi contoh je kat bawah ni...

2. Kemudian, korang lukis atau buat la ape2 pon... Contohnya, aku tulis name aku sendiri...

 

Semalam, hari ini, esok

Isnin, 18 Mei 2009 02:02 Pisyek

PisyekHoho... Da lame bebenor aku tak meng-update blog kesayangan ku ini... Gara-gara sibuk menghadapi peperiksaan dan macam-macam hal lagi. Tapi, skang ni pon, paper aku x abis lagi... Huhu... Lambatnye nak abis... Lambat abis, lambat la aku balik... Hurm, hari ni aku nak ajak anda semua berfikir sejenak. Fikir dengan seserius mungkin. Mungkin juga fikir dua kali.

Ape beza hari ini berbanding semalam? Memang dah sah la banyak perbezaannya bukan? Hari ini hari Isnin, semalam hari Ahad. Semalam anda muda sehari, hari ini anda tua sehari. Semalam Melodi keluar kat TV3, hari ni Melodi tak keluar la pasal hari ni hari Isnin... Bukan hari Ahad... Hahaha... Dan semalam bla bla bla...

Ape yang aku cuba bangkit kan kat sini sebenarnya? Ha, ini yang kite tak tau... Kui3... Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini hendaknya. Malang sekali jika hari ini sama seperti semalam dan lebih malang lagi jika hari ini lebih teruk dari semalam. Kita perlu berubah... Berubah ke arah yang lebih baik... Bukan ke kiri, ke kanan, atau ke mana-mana. Hehehe...

Aku agak kecewa sebenarnya... Sebabnya?

 

Adab bersahabat

Sabtu, 02 Mei 2009 00:33 Pisyek

Tadi aku dalam tengah merayap, mencari-cari sesuatu yang telah lama hilang dalam friendster ni, aku ade terjumpa la satu petikan dalam profile sorang member lame aku. Boleh usha beliau di sini. Jadi, ape yang aku jumpe sebenarnya? Ha, ini yang kite tak tau... Hahaha... Adab bersahabat. Layan...

1-Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2-Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.

3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4-Menutup keaiban sahabatnya.

5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.

6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.

7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.

 

Pencahayaan Semula

Selasa, 28 April 2009 10:25 Pisyek

Hohoho... Mina, Ohaiyo!!! Hahaha... Pagi ini kite akan mengadakan kelas mari berbahasa Jepun ye kawan-kawan... Ekeke... Just Kidding! Hurm... Pagi yang xde pape nih, aku igt nak kongsi kan satu lagi trik yg aku slalu gunekan bile mase aku meng-edit gambar... Ya, tutorial macam mana nak menaikkan lagi rasa dan warna sesebuah gambar itu... Hehehe... Tak nak cakap banyak, sila usha kat bawah ni... Kali nie aku gunakan NABIL RAJA LAWAK sebagai model.

Sebelum
Selepas
Klik untuk lihat saiz asal
Klik untuk lihat saiz asal

Okies, tapi sebelum tu, aku mintak izin NABIL dulu ye. NABIL, izin kan PISYEK menggunakan gambar NABIL sebagai model ye... Hahaha... Gambar yang di-snap mase aku melawat Sri Pentas hari tu. Gambar asal tu sebenarnye diambil dengan menggunakan kamera DSLR. Tapi kalu salah setting pon, gambar akan jadi tak bez gak. Betul tak kawan-kawan? Jadi, atas sebab itulah wujudnya tutorial aku yang ini. Tapi, buruk betul la tajuk tutorial nih... Aku main taram je... Hahaha...

 

MathCamp @ SK Jenalik

Sabtu, 25 April 2009 22:06 Pisyek

Hohoho... Slamat malam kepada anda semua.... Hari ini adalah merupakan antara hari yang bersejarah dalam hidup ku ini... Kenape? Ha, ini yang kita tak tau... HAHAHA... Sebenarnya, hari ini aku telah ke SEKOLAH KEBANGSAAN JENALIK (SKJ) di Kuala Kangsar, sebagai salah seorang fasilitator untuk kem matematik. Kem math ni berlangsung untuk sehari sahaja... Aku pegi pukul 7.45 am, dan balik pukul 6.30 pm... Memang besh!!!

Sebenarnya, aku sepatutnya pegi dengan ade la sorg membe aku tu... tapi oleh sebab aku x nak kaco dia, dan dia pon sibuk dengan banyak lagi hal-hal yang lebih penting, aku pegi la sorang-sorang. Memang mase berkumpul kat tempat parking bas UTP tu ak xde kenal sesape pon. Da tau xde membe, aku pon buat la membe baru... Hahaha... Jumlah semua fasilitator termasuk aku adelah 24 orang. Berape laki, berape pompuan aku x tau. Tapi aku ade la berkenalan dengan beberape pompuan nih... Hehehe...

Orang pertama yang aku kenal sebelum bertolak ke SKJ adelah David. Budak EE. Foundation first. Sarawakian. Huhuhu... Sarawak pon boley... Ekeke... Kami tiba di SKJ dalam pukul 9.30 am. Sampai-sampai je terus makan. Baik btol cikgu kat sekolah nih. Hahaha... Lepas makan, stat wat modul. 1 fasi untuk 1 @ 2 org pelajar. Ala, ajar budak-budak darjah 5 dan 6, apelah sangat. Xde susah mane pon. Tapi klu aku aja adik aku susah wo... Walaupon beliau juge darjah 6, tapi kesongehan beliau tahap darjah 14. Hahaha...

 
Halaman 18 daripada 26

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

Hidup seorang blogger - Top 15
@dedoku: insya-Allah... tapi pisyek ...
Hidup seorang blogger - Top 15
tahniah Pisyek sebab menang gak hadiah r...
Hidup seorang blogger - Top 15
Susah x bro join contest ni..tengok namp...
Hidup seorang blogger - Top 15
menang dah eh? hahhaha
Hidup seorang blogger - Top 15
@NK: munkin da tiba masa anda kembalikan...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang