8 sebab si Tampan masih single
Jumaat, 24 Oktober 2008 23:01 PisyekTidak semua jejaka tampan yang kacak(seperti aku, hehehe...) sudah berpunya sebaliknya masih ramai yang single. Anda tentu tertanya-tanya mengapa sehingga kini jejaka ini masih single, sedangkan ramai peminat perempuan yang ingin mendekatinya. Rupa ada, kerjaya tetap yang baik dan segalanya-galanya. Namun mungkin ada sebab-sebabnya, antaranya:
1. Terlalu jual mahal
Kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi, Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hahaha....
2. Persepsi sukar didekati
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tua lah si tampan membujang. Ish3... Kesian...
3. Maintenance tinggi
Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. Pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan ringgit, maka takutlah perempuan untuk mendekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari jadi.
4. Pernah dikecewakan
Oleh kerana sudah serik bercinta, si jejaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
5. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. Orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga. Namun harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.



@connie:...


