Utama
  • About Me

  • Boikot Israel

Pisyek
A PHP/JAVA programmer, love Joomla! very much! I do CodeIgniter. More about me. Currently doing my industrial internship programme at Terato Tech Sdn. Bhd. Have questions? Please do contact me.
Boikot Israel
AOL Time Warner | Coca-Cola | Danone | Delta Galil | IBM | L'Oreal | Nestle | Nokia | Home Depot | Intel | Sara Lee | Starbucks | McDonald's | Timberland | Arsenal FC | Revlon |

Malam yang suram

Ahad, 16 Ogos 2009 23:58 Pisyek

Salam sejahtera semua. Hari ni merupakan hari terakhir bagi Pesta ConvoFair UTP 2009. Tadi ade Aizat buat persembahan. Tapi aku tak pergi tengok pon. Macam tak bez je... Hehehe... Semalam plak ade Amy Search yang buat persembahan. Aku tengok kejap je. Bukan sebab aku tak minat Amy, tapi sebab hujan rintik-rintik turun dan takut-takut hujan tu jadi makin lebat, aku dan Adired pon balik la awal. Hohoho...

Tapi tujuan aku tulis malam ni bukan lah nak cite pasal ConvoFair ni. Esok-esok aku buat la pasal acara ni. Tapi sebab utama yang membuat-kan aku rajin untuk menulis pada malam ni adelah untuk berkongsi kesedihan seorang blogger UTP, kimi yang berada dalam kesedihan. Hehehe...

Sebab ape?

 

Internet Programming

Jumaat, 14 Ogos 2009 17:42 Pisyek

Hoho... Aku dah lame nak pos pasal nih. Cume tak ber-masa saje. Ekekeke... Semester nih aku amik INTERNET PROGRAMMING. Subjek ape tu PISYEK weh??? Ha... Dalam subjek ni, pelajar akan di-dedah-kan dengan dunia web dan internet.

Dalam subjek ni aku akan diperkenalkan dengan macam-macam bende baru seperti html, xhtml, css, php, dan lain-lain. Tapi tu semua bukan-nye baru sangat pun bagi aku. Hehehe... Cuma aku akan diperkenalkan secara formal je. Ye la, sejak 4 tahun yang lepas, aku belajar semua nih secara tidak formal. Belajar secara merangkak-rangkak. Paham-paham je la bile belajar secara tidak formal nih. Ade yang tak faham. Ade yang salah faham. Ade yang langsungĀ  tak tahu pun.

Dalam lab INTERNET PROGRAMMING pada hari isnin yang lalu, tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah buat satu homepage bagi webpage kami semua. Kami telah pun diberikan satu akaun dan ruang di dalam server UTP ni bagi tujuan pembelajaran INTERNET PROGRAMMING.

Dan inilah hasil yang aku buat. Aku bagi screen-shot je dah la.

 

H1N1 - Satu konspirasi kapitalis

Khamis, 13 Ogos 2009 14:18 Pisyek

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

 

Isteri solehah

Sabtu, 08 Ogos 2009 06:16 Pisyek

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.

 

Tutup jua akhirnya

Jumaat, 31 Julai 2009 19:14 Pisyek

Hahaha... Akhir-nye, usaha kite tidak sia-sia (terpengaruh ngan cite misi mustahak). Ekekeke... Tengahari tadi, UTP secara rasmi-nye telah ditutup selama seminggu oleh pihak pentadbiran dan di-umum-kan sebelum khutbah Jumaat di masjid An-Nur, UTP. Dalam E-Learning UTP pon ade gak pasal pengumuman nih.

Sebab ape kene tutup? Hohoho... Tak lain tak bukan sebab H1N1 la... Hahaha... Dengan jumlah kes yang hampir mencecah 100 kes (kalau tak silap). Banyak juge la pro dan kontra dengan penutupan UTP ni. Salah satu-nye sebab konvo da dekat. Nanti susah pula budak-budak konvo nak buat keje nanti. Hehehe...

Dan aku pun mestilah nak balik juge. Takkan nak duk sorang-sorang kat UTP nih. Ade je yang tak balik. Cam foreigner dan orang-orang yang duk jauh-jauh yang malas nak balik. Tapi aku da bli tiket bas malam esok. Insya-Allah slamat sampai umah. Amiinnn.

Tapi,

 
Halaman 15 daripada 26

1st, Subscribe dulu!!!


Feed

Masukkan emel anda:

Komen Terbaru

SMKA Wataniah
salam... erm..mmg wtaniah best pun,,byk ...
Sindrom selipar hilang di masjid
@amin: haha.. letak selipar asing2 tu na...
Sindrom selipar hilang di masjid
ada banyak cara untuk pastikan selipar i...
Hidup seorang blogger - Top 15
@dedoku: insya-Allah... tapi pisyek ...
Hidup seorang blogger - Top 15
tahniah Pisyek sebab menang gak hadiah r...

Iklan

Spread Firefox Affiliate Button BlogMalaysia.com

Nuffnang