Cyber Gen 2010
Isnin, 22 Februari 2010 01:00 PisyekHohoho... Hampir seminggu tak update blog. Azam tahun baru untuk 2010 adalah update blog 3 hari sekali. Jadi macam mana tu? Hehehe... Tapi takpe, Pisyek ni sibuk orangnya. Kalau boleh update sekali dalam seminggu tu kira ok la. =)
Pertama sekali, Pisyek ingin memohon kemaafan kepada kalian jika dalam masa 2-3 hari ni kalian tak dapat nak akses ke blog Pisyek yang comel ni. Bila korang datang sini, balik-balik jumpa gambar cam kat bawah ni je. Mesti tensen gile, kan???

Sebenarnya blog Pisyek ada sedikit masalah dengan fail HTACCESS. Jadi sebab tu la keluar amaran tu. Pisyek sebenarnya takde block atau ban mana-mana IP dari Malaysia pun. Kalau dari Israel memang Pisyek block habis-habisan. Hehehe...









