FESCO 2010
Ahad, 07 Mac 2010 20:30 PisyekSemalam, 6 Mac 2010, berlangsung sudah FESCO 2010 di Dewan Chanselor, Universiti Teknologi PETRONAS. Apa itu FESCO? FESCO adalah akronim bagi Festival of Colours of the World. Tahun lepas Pisyek dah pergi tengok. Tahun ni pun Pisyek pergi tengok lagi. Boleh usha post yang lepas dalam entri FESCO 2009. Dan mungkin juga tahun depan Pisyek pergi lagi. Hahaha... Hatrik kot nanti... Ekekeke...

FESCO 2010 UTP
Dan malangnya, Pisyek tak dapat nak senaraikan dengan selengkapnya tentang universiti mana yang mengambil bahagian. Sebab takde sumber. Hahaha... Tapi yang pasti, UITM Shah Alam, UITM Seri Iskandar, MMU Cyberjaya, dan beberapa universiti antarabangsa seperti Walailak University (Thailand) dan Universitas Gadjah Mada (Indonesia) turut menyertai festival ini.










